Teknik Viral Untuk Pemasaran Tunetalk Toneexcel Melalui Pemasaran Video

Salam hormat. Baru jer semalam selesai menyiapkan satu video untuk pemasaran produk Tunetalk yang dibawakan oleh www.tunetalk2u.biz. Alhamdulillah..

Jika anda salah seorang pemasar produk secara online terutamanya produk telekomunikasi bagi mengedarkan SimKad prepaid Tunetalk, teknik ini membantu dari segi promosi di internet. Bagi pandangan peribadi saya, kedua-kedua pemasaran secara online dan offline menjadi pilihan. Saya syorkan kepada ejen Tunetalk menggunakan kedua-dua cara ini untuk meningkatkan jualan simkad anda.

Video yang saya kongsikan dibawah ni saya telah adun bersama bunyi latar supaya penonton tidak merasa bosan. Sila tonton video di bawah ini yer !



Bagi mereka yang belum mengetahui cara mencipta video mereka sendiri, saya ada kongsikan pada blog peribadi saya di sini. Diharap ia membantu anda sedikit sebanyak yer.




17 Kelebihan Program WOW Prepaid Tunetalk / Toneexcel


Salam hormat kepada anda kerana sudi menjengah blog ini. Di sini saya cuba terangkan beberapa kelebihan program referer WOW Prepaid Tunetalk / Toneexcel kepada anda dan saya harap anda faham apa yang cuba diterangkan.

Kelebihan Tunetalk/Toneexcel
  1. Telefon bimbit adalah kegunaan harian bagi kebanyakan peringkat umur (kecuali bayi lah yer). Semua orang memerlukannya. Ada tawaran affiliate ataupun tidak semua orang akan menggunakannya. Jadi sasaran bisnes Tunetalk adalah kepada setiap pengguna telefon bimbit.
  2. Modal yang cukup rendah. Hanya bermodalkan RM80 anda bakal memiliki SIM kad Tunetalk. Daripada modal tersebut anda memiliki kredit panggilan sebanyak RM30. Jadi modal memulakan perniagaan ini sebenarnya hanyalah sebanyak RM50 sahaja.
  3. Downline anda TIDAK perlu jumpa anda untuk reload prepaid. Mereka boleh reload di mana-mana kedai Reload, mesin ATM ataupun Online Banking.
  4. TIADA tekanan untuk maintain setiap bulan kerana syarat untuk maintain minima RM30 sebulan, sedangkan kebanyakan rakyat Malaysia memperuntukkan sebanyak RM50~RM200 sebagai kos telefon bimbit mereka setiap bulan.
  5. Bisnes Tunetalk/Toneexcel masih baru di Malaysia dan anda berpeluang antara orang yang terawal menjalankannya.
  6. Anda boleh menjalankan perniagaan ini secara online ataupun offline.
  7. Anda bersama dengan syarikat yang kukuh dan terkenal.
  8. TIADA produk untuk dijual.
  9. TIDAK perlu meyimpan stok.
  10. Umur 12 tahun dah boleh menyertainya.
  11. Syarat memiliki passport juga boleh menyertainya.
  12. Anda boleh menaja seberapa ramai yang anda suka. Ia TIADA had.
  13. Anda boleh mengekalkan nombor lama.
  14. Anda boleh membuka banyak akaun.
  15. Pasaran SANGAT luas kerana di Malaysia terdapat 30 juta pengguna telefon bimbit di Malaysia.
  16. TIDAK perlu mengingatkan downline anda untuk reload.
  17. Potensi bisnes Tunetalk ini sangat luas. Dianggarkan jumlah prepaid yang dibelanjakan di Malaysia adalah sebanyak RM16 Billioan setahun.

Saya harap melalui 17 kelebihan program WOW prepaid Tunetalk/Tonexcel bakal membuka minda anda untuk menjadi pengguna bijak dikemudian hari kelak.



Untuk informasi selanjutnya, sila layari www.tunetalk2u.biz sekarang !

Latar Belakang Syarikat Tunetalk



Sedikit perkongsian latar belakang syarikat Tunetalk.com kepada anda sebagai pengenalan.

Syarikat Tunetalk adalah pembekal satu-satunya perkhidmatan telekomunikasi 010 di Malaysia. Tunetalk telah ditubuhkan pada 19 Ogos 2009. Demi mengukuhkan kekuatan syarikat maka ia telah menjalin kerjasama dengan Celcom (M) Bhd di mana perbincangan telah dimulakan sejak December 2008 lagi.

Pemegang saham Tunetalk
  • 38% saham dipegang oleh Celcom (M) Bhd.
  • 35.7% dipegang oleh Tune Venture Sdn. Bhd. dan selebihnya oleh Dato' Sri Kalamullah Hassan, Lim Kim Onn, Jason Lo, Gurtaj Singh Padda dan Mark Lankester. - Dalam 35.7% saham yang dipegang oleh Venture Sdn. Bhd. itu 70% daripadanya dimiliki oleh Tony Fernandes dan Dato' Kalamullah Hassan.
Pakej dan kelebihan Tunetalk
  • Liputan jaringan yang luas kerana menggunakan kemudahan Celcom.
  • Insurance eTiqa (PA) bernilai RM100,000.
  • Anda boleh menukar nombor TANPA menukar SIMKad pada bila-bila masa.
  • Peluang untuk memenangi tiker Air Asia secara PERCUMA
  • dan lain-lain.. 

Buat pengetahuan anda Tunetalk sebenarnya dikelali sebagai MVNO ( Mobile Virtual Network Operator ) yang tiada lesen frekuensi radio tersendiri, tiada sebarang sokongan infra struktur seperti network cabin dan juga stesen pemancar. Ia menumpang syarikat telekomunikasi sedia ada yang juga dipanggil sebagai MNO (Mobile Network Operator)

Kaedah seperti ini telah lama dipraktikkan di United Kingdon di mana ia telah menjadi satu penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi Komersial yang berjaya seperti Virgin Mobile UK yang telah dilancarkan pada tahun 1999. 

Untuk menghubungi syarikat Tunetalk anda boleh terus menghubungi Tunetalk Careline di 010-500 1333


Iklan Sempoi Dari Tunetalk Untuk Tawaran Tunetalk

Pengiklanan adalah satu langkah pemasaran untuk menarik pelanggan dan ia sedang dilakukan secara berterusan oleh syarikat Tunetalk.com untuk memperkenalkan produk telco yang bakal menjadi persaingan yang cukup hebat bagi syarikat telco tempatan yang lain.

Saya rasa cukup sempoi video iklan tentang Tunetalk ni sebab penerangan yang cukup ringkas dengan kesan imaginasi dari penerangan secara ringkas oleh rakannya.

Cuba tonton video nie !



Apa pendapat anda ?

Info selanjutnya anda boleh layari www.tunetalk2u.biz


Pelancaran Website Tunetalk2u.biz

Salam hormat kepada anda kerana sudi singgah ke blog ini. Kali ni saya ingin memaklumkan pelancaran website berbayar untuk pemasaran online produk simkad Tunetalk. Website telah dilancarkan pada hari ini 20-Jan-2013 pada jam 11.00pm dengan selamatnya. Semoga ia membantu dari segi pemasaran kelak.



Walaupun nampak simple jer..saya berharap informasi untuk mereka yang ingin tahu keunikan perniagaan ini bakal didedahkan satu persatu, terutama sekali kepada pengguna-pengguna prepaid tanahair Malaysia. Dalam perancangan untuk membantu bakal downline saya memiliki laman web ini jika memberi kesan positif kepada pemasaran online kelak. Website ini akan ditambah baik dari masa ke semasa mengikut keperluan dan kehendak semasa.

Setakat ini saya belum melakukan pemasaran / iklan untuk memperkenalkan website ini. Diharap dengan teknik pengiklanan serta cara menarik trafik pengunjung ke laman web ataupun blog ini bakal memberi impak kelak.

Jika anda berkesempatan silalah layari laman web yang saya maksudkan di atas ini di www.tunetalk2u.biz

Semoga sama-sama mendapat manfaat dari apa yang saya bakal kongsikan pada laman web tersebut.

Website / Surat Jualan Tunetalk2u.biz...Kini Siap Untuk Dilancarkan !

Setelah beberapa hari mencari idea untuk menduplikasi cara sponsor Tunetalk Toneexcel saya iaitu Encik Mazelan Abas memasarkan perkhidmatan ini secara online, alhamdulillah telah siap satu laman web yang sempoi sahaja untuk saya mula melakukan pemasaran.

Jika ia memberi hasil dengan ayat jualan ini, saya akan terus mempromosi dan cuba membantu bakal downline saya untuk menduplikasi apa yang telah saya lakukan.


Seperti kebanyakan usahawan internet mengakui bahawa pemasaran secara online sangat efektif jika ia dilakukan dengan cara yang betul. Demi mencapai objektif itu trafik pengunjung memainkan peranan penting untuk mendapatkan jualan. Tanpa trafik tiadalah pendapatan.

Secara logiknya jika tiada usaha yang dilakukan untuk meningkatkan trafik maka tiadalah hasilnya. Di sini saya ingin berkongsi kepada anda satu laman web yang menawarkan 30 idea yang diterangkan secara video untuk meningkatkan trafik pengunjung ke website ataupun blog anda. Ia diberikan secara percuma dan anda boleh mendaftar secara percuma di www.rebizinfo.com/30videotrafikpercuma

Website yang saya sediakan kelak adalah website dari hosting berbayar dari syarikat Sempoi Hosting dan saya berpendapat ia sangat berbaloi bagi mereka yang baru memulakan perniagaan internet. Pakej pilihan mengikut kemampuan dan tawaran mengikut kapasiti pilihan anda ini pasti berbaloi untuk perbelanjaan anda dan pada kali ini mereka menawarkan 30% diskaun dengan kupon diskaun yang bakal diberikan kelak. Saya sarankan anda cuba dapatkan khidmat Sempoi Hosting ini yang dimiliki oleh salah seorang pioner internet marketer iaitu saudara Mohd Suhaimi ataupun dikenali sebagai Shuth oleh ramai dikalangan IMers.

Untuk ketahui info lanjut mengenai tawaran terhebat dari Tunetalk Toneexcel di layari www.tunetalk2u.biz !

Jika anda ada cadangan dan pandangan sila kemukakan yer ! Terima kasih.

Sekian. Jumpa lagi pada post yang seterusnya.







Latar Belakang Pengasas & Juga Merangkap CEO Tunetalk - Jason Lo

Salam hormat kepada pengunjung blog ini.

Tak kenal maka tak cinta. Maka saya pun buat sedikit penyelidikan tentang latar belakang Jason Lo ataupun dikenali dengan panggilan "J Lo". Ketika blog post ini ditulis saya belum pun mendaftarkan diri saya sebagai agen untuk referral program WOW Toneexcel. Saya merujuk terus dari Wikipedia ketika menyelidik untuk kenali pengasas merangkap CEO Tunetalk dengan lebih dekat. Saya cuma tahu pada asalnya beliau seorang artis sebagai penyanyi dan itu saya masih ingat ketika beliau belum memulakan perniagaan Tunetalk ini.


Jason Lo ialah seorang pemuzik, penerbit muzik, juruhebah radio dan usahawan berbangsa Malaysia. Kini beliau memegang jawatan ketua pegawai eksekutif Tune Talk, sebuah syarikat komunikasi yang berhubungan dengan AirAsia, sejak akhir tahun 2007.

Sejarah awal

Lo lahir di Kuching, Sarawak. Beliau merupakan kacukan orang Cina (bapa) dan orang Ireland (ibu). Beliau menerima pendidikan di Singapura dan United Kingdom dan menerima ijazah Sarjana Muda Sains dalam Perakaunan di Universiti Hull, dan kemudian mengejar Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam Kewangan di London, sebelum kembali ke Malaysia untuk menceburi bidang muzik.

Kerjaya muzik

Pada tahun 1996, ketika menghabiskan ijazah Sarjananya di London, Lo merakam sebuah demo sepuluh lagu di Malaysia dengan kumpulannya 'Sunday Man'. Pada tahun 1997, beliau menghasilkan album sepuluh lagu dengan kumpulan yang sama yang dinamakan semula sebagai 'Drop Circle'. Pada tahun 1998, kumpulan itu berpisah dan Lo kembali ke Malaysia sebagai artis solo. Album sulungnya yang berjudul Days Without Dawn, dikeluarkan di Malaysia pada akhir tahun 1999. Sejak itu beliau menghasilkan dua buah album lagi – Firefighter (2002) dan The Fall (2005).

Lo merupakan artis Asia Tenggara yang pertama untuk mencapai kedudukan tiga teratas di carta antarabangsa Pepsi Top 20. Lagu-lagu beliau iaitu Evening News dan So Julie mencapai kedudukan No. 1 di carta Malaysian Top 10 masing-masing selama 7 dan 5 minggu. Video muzik Lo turut dimainkan di saluran antarabangsa MTV Asia dan Channel V. Beliau juga pernah menjadi pemenang Asian People's Choice Award di Much Music Asia, dan di Malaysian MTV Music Video Awards. Beliau pernah dicalonkan di AIM dan MTV Viewers' Choice Awards. Beliau pernah membintangi acara live di Malaysia, serta menjadi artis pembuka bagi kumpulan antarabangsa seperti Deep Purple dan Big Country.

Personaliti media

Lo juga ialah seorang bekas juruhebah terkenal di stesen berbahasa Inggeris tempatan , hitz.fm. Beliau pernah menjadi pengacara rancangan Latte@8 suatu ketika dahulu di saluran 8TV. Beliau juga bertugas sebagai ketua pegawai eksekutif bagi label rakaman dan syarikat promosi acara sendirinya, Fat Boys Records, di mana beliau menerbit album bagi pemuzik-pemuzik Malaysia termasuk kumpulan Disagree dan Singletrackmind, serta juga menganjur satu siri konsert yang berjaya bergelar 'Rock the World' yang mengetengahkan bakat muzik Malaysia.

Kewangan

Pada Disember 2007, Lo dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, sebuah pengendali rangkaian maya mudah alih milik Tune Ventures Sdn Bhd, yang 40% pegangan sahamnya dalam tangan Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes.


Pengenalan Peluang Tune Talk / Tone Excel - Video

Salam hormat kepada anda kerana melayari blog ini. Mungkin anda menjumpai blog ini kerana anda ingin mencari informasi tentang apakah keunikan peluang yang ada pada Tune Talk / Tone Excel kepada anda. Di sini saya ingin kongsikan kepada anda satu penerangan secara video oleh sponsor saya dalam perniagaan ini iaitu saudara Mazelan Abas.

Saya harap ia bakal membantu anda memberi sedikit maklumat penting yang perlu diketahui bagi mereka yang tercari-cari peluang ini.

Sila tonton...

Selamat Datang Ke Blog Tunetalk2udotbiz



Salam hormat kepada anda yang sudi melayari blog ini. Pertama sekali saya ingin ingatkan bahawa blog ini BUKAN di bawah kelolaan Tunetalk.com ataupun Toneexcel.com dan syarikat itu tiada ada kena mengena dengan blog ini.

Blog ini diwujudkan sebagai wadah penerangan dan perkongsian informasi tentang apa jua aktiviti agen terlatih Tunetalk kepada prospek ataupun pelayar internet yang ingin mengetahui segala peluang yang disediakan kepada mereka yang ingin menambahkan pendapatan melalui syarikat telekomunikasi ini.

Segala perkongsian saya TIDAKLAH hanya berdasarkan promosi semata-mata dan apa yang saya harapkan adalah supaya saya dapat berkongsi segala ilmu mengenai teknik pemasaran, motivasi serta aktiviti bersama Tunetalk.

Saya sangat berharap dengan medium ini saya dapat melakukan sesuatu perubahan kepada diri saya dan orang lain yang melayari blog ini. Beriltizam untuk memahami konsep dan mempraktikkan WIN-WIN situation (cakap omputeh pulak) kepada anda pembaca blog ini.

Sampai di sini dulu. 

Sekian. Terima kasih.