Tone Excel

Latar Belakang Pengasas & Juga Merangkap CEO Tunetalk - Jason Lo

Salam hormat kepada pengunjung blog ini.

Tak kenal maka tak cinta. Maka saya pun buat sedikit penyelidikan tentang latar belakang Jason Lo ataupun dikenali dengan panggilan "J Lo". Ketika blog post ini ditulis saya belum pun mendaftarkan diri saya sebagai agen untuk referral program WOW Toneexcel. Saya merujuk terus dari Wikipedia ketika menyelidik untuk kenali pengasas merangkap CEO Tunetalk dengan lebih dekat. Saya cuma tahu pada asalnya beliau seorang artis sebagai penyanyi dan itu saya masih ingat ketika beliau belum memulakan perniagaan Tunetalk ini.


Jason Lo ialah seorang pemuzik, penerbit muzik, juruhebah radio dan usahawan berbangsa Malaysia. Kini beliau memegang jawatan ketua pegawai eksekutif Tune Talk, sebuah syarikat komunikasi yang berhubungan dengan AirAsia, sejak akhir tahun 2007.

Sejarah awal

Lo lahir di Kuching, Sarawak. Beliau merupakan kacukan orang Cina (bapa) dan orang Ireland (ibu). Beliau menerima pendidikan di Singapura dan United Kingdom dan menerima ijazah Sarjana Muda Sains dalam Perakaunan di Universiti Hull, dan kemudian mengejar Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam Kewangan di London, sebelum kembali ke Malaysia untuk menceburi bidang muzik.

Kerjaya muzik

Pada tahun 1996, ketika menghabiskan ijazah Sarjananya di London, Lo merakam sebuah demo sepuluh lagu di Malaysia dengan kumpulannya 'Sunday Man'. Pada tahun 1997, beliau menghasilkan album sepuluh lagu dengan kumpulan yang sama yang dinamakan semula sebagai 'Drop Circle'. Pada tahun 1998, kumpulan itu berpisah dan Lo kembali ke Malaysia sebagai artis solo. Album sulungnya yang berjudul Days Without Dawn, dikeluarkan di Malaysia pada akhir tahun 1999. Sejak itu beliau menghasilkan dua buah album lagi – Firefighter (2002) dan The Fall (2005).

Lo merupakan artis Asia Tenggara yang pertama untuk mencapai kedudukan tiga teratas di carta antarabangsa Pepsi Top 20. Lagu-lagu beliau iaitu Evening News dan So Julie mencapai kedudukan No. 1 di carta Malaysian Top 10 masing-masing selama 7 dan 5 minggu. Video muzik Lo turut dimainkan di saluran antarabangsa MTV Asia dan Channel V. Beliau juga pernah menjadi pemenang Asian People's Choice Award di Much Music Asia, dan di Malaysian MTV Music Video Awards. Beliau pernah dicalonkan di AIM dan MTV Viewers' Choice Awards. Beliau pernah membintangi acara live di Malaysia, serta menjadi artis pembuka bagi kumpulan antarabangsa seperti Deep Purple dan Big Country.

Personaliti media

Lo juga ialah seorang bekas juruhebah terkenal di stesen berbahasa Inggeris tempatan , hitz.fm. Beliau pernah menjadi pengacara rancangan Latte@8 suatu ketika dahulu di saluran 8TV. Beliau juga bertugas sebagai ketua pegawai eksekutif bagi label rakaman dan syarikat promosi acara sendirinya, Fat Boys Records, di mana beliau menerbit album bagi pemuzik-pemuzik Malaysia termasuk kumpulan Disagree dan Singletrackmind, serta juga menganjur satu siri konsert yang berjaya bergelar 'Rock the World' yang mengetengahkan bakat muzik Malaysia.

Kewangan

Pada Disember 2007, Lo dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, sebuah pengendali rangkaian maya mudah alih milik Tune Ventures Sdn Bhd, yang 40% pegangan sahamnya dalam tangan Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes.


Post a Comment

© Tone Excel