Masalah Tune Talk Suatu Masa Dulu - Bukan Lagi Pengacau

Masalah Tune Talk Suatu Masa Dulu - Bukan Lagi Pengacau

Sesalan pun ada jugak bila pada mula-mula peluang perniagaan Tune Talk Toneexcel diperkenalkan oleh En Mazelan pada tahun 2010 dahulu melalui email. Tapi nak buat bagaimana pada masa tu keraguan memang timbul dan pelbagai tanda tanya tidak dijawab melalui tindakan sendiri.

Pada tahun ini pada bulan Feb 2013 baru saya berani membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan ini secara serius. Kesimpulannya di sini kalau perniagaan yang diperkenalkan oleh En Mazelan dah pasti beliau telah mengkaji sedalam-dalamnya sesuatu perniagaan tu sebelum secara sah untuk dikongsikan dengan subcriber beliau.

Rupanya pada tahun permulaan perniagaan Tune Talk telah mendapat kritikan sebenarnya dan ini telah di beritakan oleh Utusan Online pada tarikh 18 April 2010. Sila baca berita lengkap di bawah ini.

Kehadiran Tune Talk bukan lagi pengacau

PETALING JAYA 18 April - Di awal pembabitannya, Tune Talk Sdn. Bhd., pernah dianggap sebagai pengacau di dalam industri komunikasi tempatan kerana kehadirannya dilihat menjejaskan penguasaan pasaran telefon mudah alih negara.

Malah syarikat kecil ini pernah dilabelkan sebagai syarikat nyamuk kerana kewujudannya hanya bersandarkan keupayaan mengendali rangkaian maya mudah alih (MVNO) menggunakan rangkaian 2.5G Celcom (M) Bhd., tanpa memiliki sebarang infrastruktur yang canggih berbanding, Maxis, Digi dan Celcom.
Selain ia juga dianggap sebagai pengacau dan 'opportunis' kerana menawarkan kadar panggilan paling rendah di dalam industri tanpa mengira waktu dan masa.

Namun kesemua dakwaan yang dilontarkan kepada Tune Talk disanggah oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo.

Jelas beliau, kehadiran Tune Talk walaupun hanya bersandarkan kepada MVNO, ia setakat ini berjaya menguasai kira-kira dua peratus daripada pasaran sebanyak 28 juta pengguna walaupun beroperasi tidak sampai setahun. 

Bagaimanapun katanya, syarikat telekomunikasi kadar rendah itu telah pun memiliki asas pelanggan yang aktif sebanyak 800,000 pelanggan dan mendekati sejuta pelanggan tidak lama lagi.
"Memang Tune Talk diwujud untuk melengkapkan pasaran yang tidak ditembusi atau ditinggal oleh syarikat-syarikat besar selain menyasarkan kepada bilangan pelanggan yang mahukan sesuatu pada kadar yang rendah,"

"Jika AirAsia boleh menawarkan kadar penerbangan yang murah dan membolehkan semua orang terbang ke serata dunia, Tune Talk juga boleh melakukan perkara yang sama," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau menegaskan, objektif Tune Talk masih seperti di awal kewujudannya iaitu meneroka pasaran yang ditinggal oleh pemain-pemain utama seperti pasaran 2G selain menembusi pelanggan yang berpendapatan rendah seperti pelajar, pekerja-pekerja asing dan imigran.

Malah menjelang suku kedua tahun ini, anak syarikat Kumpulan Tune itu akan memperkenalkan panggilan perantauan antarabangsa ke Indonesia dan Singapura pada kadar panggilan tempatan.
Jason Lo menjelaskan, mana-mana pengguna talian Tune Talk kini boleh menikmati kadar panggilan yang murah berdasarkan caj panggilan tempatan walaupun ia digunakan untuk membuat panggilan ke Singapura atau Indonesia.

Menerusi pengenalan ini, Tune Talk sedang mengadakan perbincangan dengan pengendali talian komunikasi iaitu M1 di Singapura serta ExcelIndo di Indonesia.

"Secara ringkasnya, rancangan untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat lebih jauh bersandarkan kepada kerjasama dengan anak-anak syarikat Kumpulan Axiata yang mana platform yang kami beroperasi ketika ini adalah dari Celcom yang dimiliki oleh Axiata sendiri," katanya.

Beliau memberitahu, kerjasama dengan Kumpulan Axiata merupakan satu kombinasi baru yang membolehkan Tune Talk mengembangkan pasarannya ke luar negara khususnya.
Katanya, dengan lebih 600 juta penduduk dan kadar penembusan mudah alih yang rendah, ia merupakan peluang pasaran besar bagi Tune Talk.

"Kami sudah mula membuat perjanjian MVNO dengan para pengendali rangkaian di Singapura, Indonesia dan Kemboja dalam tempoh beberapa akan datang. 

"Dengan perjanjian itu, kami berupaya menawarkan kadar perantauan yang lebih menarik dan pelanggan-pelanggan Tune Talk yang pergi ke negara-negara tersebut juga boleh menikmati kadar panggilan tempatan," ujarnya.

Beliau berkata, Celcom yang memiliki 35 peratus kepentingan di dalam Tune Talk merupakan rakan kongsi yang hebat dan tahu apa yang dimahukan dengan menggalakkan Tune Talk supaya menembusi ruang pasaran yang ditinggalkan oleh pemain-pemain industri.