6 Fungsi Telefon Bimbit



Zaman sekarang kini kalau tidak mempunyai telefon bimbit boleh dikatakan dah ketinggalan. Manakan tidak, cuba anda tanya diri anda, dah berapa lama anda memiliki dan menggunakan telefon bimbit ?

Mengikut kajian di Malaysia purata umur yang telah memiliki telefon bimbit bermula dari mereka yang berumur 12 tahun. Jika saya renung kembali zaman saya budak-budak dulu, memang takdelah budak darjah 6 boleh pakai telefon bimbit / handphone. Zaman sekarang telah menjadi perkara lumrah bagi kebanyakan kita yang melihat mereka yang memiliki telefon bimbit.

Pasti ada kekurangan dan kelebihan terjadinya fenomena telefon bimbit ni. Lambakan teknologi yang sentiasa dikemaskini oleh syarikat telefon terkenal seperti Samsung, Apple, Nokia dan lain-lain menjadikan manusia begitu teruja dengan hasilnya.

6 Fungsi Telefon Bimbit / Handphone

  1. Perhubungan yang jauh beribu batu boleh didekatkan. Tak kira dipelusuk mana di dunia ini anda tinggal pasti dapat dihubungi melalui telefon bimbit.
  2. Berita terkini dan penting dapat kita ketahui dengan cepat dan pantas. 
  3. Menyampaikan pesanan ringkas dengan pantas dan berkesan serta boleh menyimpan pelbagai maklumat 
  4. Kegunaan waktu kecemasan. Pengguna telefon bimbit / handphone boleh mendail 112 jika berlaku kes kecemasan.
  5. Penghantar gelombang untuk alat kawalan jauh seperti alarm kereta. Jika berlaku kejadian kunci kereta tertinggal di dalam kereta, tip ini boleh mambantu. Sila hubungi keluarga di rumah untuk mengambil kunci pendua kemudian minta ahli keluarga anda dekatkan alarm kunci pendua di telefon bimbit dia dan tekan alarm kereta. Sebelum itu pastikan jarak telefon bimbit anda kira-kira 30cm dari kereta yang terkunci itu. Insya Allah kereta anda boleh dibuka seperti biasa.
  6. Menangkap gambar dan video. Teknologi terkini telefon bimbit menjadikan pakej gambar yang sama kualitinya dengan fungsi kamera biasa lain dengan pixel yang sentiasa dinaik taraf dari masa ke semasa.   

Jadikan Handphone Anda Sebagai Aset BUKAN Sebagai Liabiliti. Nak Tahu ? Sila KLIK DI SINI


Walau apa pun pilihan kita, teknologi telefon bimbit tetap terus diperbaharui mengikut peredaran zaman. Kita tak tahu pada masa akan datang, mungkin semua perkara boleh kita lakukan melalui handphone kelak.

Sekian. Terima kasih.


EmoticonEmoticon