Hak Pengguna Tune Talk Tone Excel Dilindungi Watikah LPKPM

Salam hormat kepada anda kerana sudi menjengah blog ini. Sebagai pengguna kita mempunyai hak ke atas setiap produk ataupun perkhidmatan yang telah kita langgani. Kuasa membeli tetap terletak di tangan pengguna ataupun pelanggan. Oleh sebab itu hak pengguna mestilah dijamin sebelum kita membeli ataupun melanggan.

Saya masih teringat ketika saya bekerja di Super Market di Jln TAR yang suatu ketika dulu cukup famous iaitu Hankyu Jaya. Dah tutup sejak 15 tahun lepas. Ini kisah lama saya selepas habis SPM. Setiap kali sebelum memulakan kerja mesti ada sesi taklimat dan apa yang ditekankan adalah " Customer is Always Right " atau dalam bahasa melayu " Pelanggan Sentiasa Betul ".  Memang syarikat saya bekerja tu menekankan pekerja supaya melayan pelanggan dengan senyuman dan sentiasa menganggap setiap komen pelanggan adalah betul.

Bertitik tolak dari situ sebenarnya saya dah mula faham bahawa pelanggan umpama raja dan kita hendaklah melayan pelanggan sesempurna mungkin.

Sama seperti apa yang kita cuba lakukan sekarang dalam perniagaan Tune Talk Tone Excel di mana hak pengguna ataupun pelanggan mestilah dilindungi. Sebagai ejen pemasaran simkad Tune Talk kita juga dilindungi melalui syarikat Tone Excel Sdn. Bhd.

Di atas komitmen syarikat untuk meningkatkan kepercayaan pengguna maka kita dilindungi dengan LPKPM (Lembaga Perlindungan dan Kebajikan Pengguna Malaysia) melalui Watikah Perlantikan yang telah didaftarkan pada 17 April 2013. Sila lihat gambar di bawah. Untuk pengesahan sila layari laman web syarikat Tone Excel Sdn. Bhd dengan cara klik di sini.


Jika anda dari kumpulan saya, usah khuatir kerana segala kerja biar Tone Excel yang lakukan dan tugas kita hanyalah memasarkan SimKad dan mendapatkan komisyen.

Jalan telah disediakan, cuma kita sahaja yang pilih sama ada jalan yang berlubang ataupun jalan lebuhraya yang bersih dan licin. 

Pasti peratus keyakinan pelanggan anda mula meningkat dan akan hilang rasa kekhuatiran dalam diri anda. Walaupun syarikat Tone Excel telah bertapak selama hampir 4 tahun, bagi sesebuah syarikat, ia sesuatu yang boleh dianggap kukuh dan boleh dipercayai, syarikat tetap menyokong semua ejen pemasaran untuk membantu meningkatkan daya usaha. Insya Allah.

Tingkatkan Usaha, Tingkatkan Keyakinan

Sampai di sini telebih dahulu perkongsian saya, semoga ia bermanfaat kepada anda serta meningkatkan tahap keyakinan anda terdapat syarikat Tone Excel Sdn. Bhd. Insya Allah.

Sekian. Terima kasih.






EmoticonEmoticon