Tone Excel

Nilai Topup Untuk Claim Tiket Air Asia Bersama Tune Talk

Salam hormat rakan-rakan sekalian. Terima kasih kerana sudi jengok laman blog nie. 

Keunikan faedah Tune Talk kepada pengguna amat berbaloi kepada anda. Selama pengalaman saya sendiri sebagai pengguna prepaid yang setiap bulan menambah nilai topup RM30 sehingga RM50 menjadikan saya terdiam dan menyesal sebab apa saya tak guna masa mula-mula peluang WOW! komuniti program rujukan Toneexcel diwujudkan. 

Bagi saya sendiri, saya sangat sensitif dengan point pembelian terutamanya untuk mengisi minyak kenderaan. Jika minyak hampir habis saya akan berusaha untuk mencari stesen minyak Petronas walau di mana saya berada. Kekuatannya di mana ? Sebab Petronas menawarkan sistem point. Saya boleh menuntut hadiah mengikut syarat dan terma yang telah disediakan.


Tune Talk Mobile Prepaid Point

Alat telekomunikasi seperti handphone pada masa kini menjadi satu kemestian untuk dimiliki. Ia telah menjadi seperti keperluan asas untuk menghubungkan kita dengan orang lain. Pelbagai jenama handphone telah wujud masa kini.

Melalui pertumbuhan banyak kedai telekomunikasi di mana-mana sahaja termasuk di kawasan kampung membuktikan kuantiti ini makin bertambah dari hari ke hari.

Saya terfikir mengapa ia terjadi dan pendapat peribadi saya mengatakan ia adalah disebabkan peluang untuk membuat keuntungan yang cukup tinggi. Lihat sahaja nilai topup yang rata-ratanya boleh tambah nilai minimum RM5 menjadikan ia sesuai untuk semua golongan.

Menurut statistik dari SKMM, jumlah pengguna handphone melebihi populasi rakyat Malaysia. Dari bilangan pengguna handphone iaitu sebanyak 34.4 juta terdapat 27.6 juta darinya adalah pengguna prepaid. Ini membuktikan mengapa ramai peniaga terutamanya berbangsa cina ramai melakukan perniagaan menjual prepaid.

Inilah uniknya jika anda menjadi pengguna Tune Talk melalui program WOW! Toneexcel ni, sebab anda akan mendapat point setiap apa yang anda belanja setiap bulan. Dari point tu anda boleh menuntut tiket penerbangan Air Asia. Bukan itu sahaja anda boleh membuat pilihan lain untuk menuntut smart phone terkini dengan syarat dan terma yang telah ditentukan.

Banyak kelebihan lain saya lihat dan ia semakin bertambah dari hari ke hari dan ini menyebabkan saya semakin teruja untuk berkongsi peluang ini kepada orang lain termasuk juga diri anda. Bukan sahaja hak sebagai pengguna dilindungi, anda juga boleh mendapat kadar korporat sebanyak 30% penjimatan untuk semua cawangan Tune Hotel di seluruh Malaysia.

Kalau nak cerita semua kelebihan yang baik-baik jer di post ni mungkin ia akan nampak seperti menipu pulak. Anda jangan buat keputusan sekarang. Sebarang keraguan anda boleh dapatkan informasi selanjutnya pada laman web www.toneexcel.biz untuk mengetahui keunikan lain peluang ini.

Sampai jumpa lagi pada post lain. Semoga berjaya !





Post a Comment

© Tone Excel