Tone Excel

Insuran Kemalangan Diri Tune Insurance - Perlindungan Dengan Syarat Minimum

"Malang tidak berbau..."

Itu adalah perumpaan tentang kemalangan yang kita tidak tahu bila waktu dan tempat akan terjadinya kepada diri sesiapa sahaja. Allah jualah yang menentukan qada' dan qadar hamba-hamba-Nya. Sebagai penganut Islam kita perlu yakin tentang kuasa penentu kepada sesuatu kejadian datang dari Allah.

Kesedaran tentang pentingnya perlindungan insuran harus diterapkan disamping berdoa agar kita dilindungi dari kejadian yang tidak diingini berlaku. 

Kemalangan jalanraya merupakan kemalangan yang kerap kita dengar dan ini menunjukkan kesedaran para pemandu tempatan masih perlu diperbaiki lagi. Lihat statistik kemalangan mengikut daerah yang dirumuskan oleh Majlis Perbandaran Nilai untuk tahun dari 2007 sehingga 2011 mengikut daerah. Ia menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun dan ini amat membimbangkan.

DAERAH20072008200920102011
KOTA'SETAR40864249464747845287
KUBANG'PASU13371369167215851809
PADANG'TERAP267276249295324
SIK305351318319376
KUALA'MUDA4653468441324482542
BATING9118359049161045
KULIM23382348261026682826
LANGKAWI9791041707110181060
PENDANG569630701678738
YAN411432476433470
BANDAR'BARU300400500600250

Kemalangan jalan raya menjadi fokus dari kerajaan dengan melaksanakan kempen, penguatkuasaan dan sebagainya untuk mengurangkan kadar kemalangan. 

Disebabkan kemalangan yang tidak diundang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja maka perlindungan insuran perlu dimiliki oleh semua orang. 

Insuran Kemalangan Diri Percuma Untuk Pengguna Tune Talk

Insuran kemalangan diri kini menjadi satu keperluan dan ini menyebabkan banyak syarikat insuran mempromosi pakej-pakej tertentu untuk menyedarkan para pelanggan tentang kepentingan insuran kemalangan dan dalam masa yang sama demi meningkatkan jumlah pelanggan mereka.

Mengapa tidak memilih insuran kemalangan percuma jika ada syarikat yang bersedia untuk berikan kepada anda ?

Tune Talk dengan kerjasama dengan anak syarikat di bawah Tune Group iaitu Tune Insurance telah memberi satu peluang kepada pelanggan Tune Talk khasnya untuk memiliki polisi perlindungan insuran kemalangan diri secara percuma. Wow...betul ke percuma ?

Lihat video promosi yang dilakukan oleh Tune Talk dari awal penglibatan syarikat ini ditubuhkan dari tahun 2009. Syarikat perlindungan insuran yang terlibat pada masa itu adalah dari Etiqa Insurance dan kini dibawah kelolaan Tune Insurance.


Sehingga kini (31-Oct-13) Tune Talk masih meneruskan perkhidmatannya dengan memberi perlindungan insuran kemalangan secara percuma kepada setiap pengguna simkad prepaid Tune Talk.

Syarat Minimum Untuk Kekal Perlindungan Insuran Kemalangan Diri

Jika anda melanggan sendiri perlindungan insuran diluar sana, anda perlu membayar secara bulanan ataupun tahunan sebanyak minimum RM30 sebulan (bayaran anggaran sahaja) ataupun tahunan sebanyak RM360 setahun tanpa ada apa-apa kelebihan istimewa.

Tetapi dengan menjadi pengguna Simkad Tune Talk sahaja anda layak untuk mendapat perlindungan insuran sebanyak RM100,000 secara percuma dengan syarat anda kekalkan nilai topup prepaid anda setiap bulan sebanyak RM30 sebulan. Di sini anda bukan sahaja mendapat faedah dari panggilan, SMS dan internet, malah perlindungan insuran juga disediakan. Faedah 2 in 1 kepada mereka yang menggunakan simkad Tune Talk merupakan satu pelaburan yang baik serta berbaloi.


Nilai wang yang anda laburkan untuk setiap perkhidmatan haruslah diteliti demi pelaburan yang sihat. Pada pandangan saya pelaburan seperti ini jarang ditawarkan kepada pelanggan telekomunikasi seperti mana yang ditawarkan oleh syarikat Tune Talk ini. Satu kerugian jika anda tidak menjadi salah seorang yang prihatin kepada nasib yang dikatakan "Malang tidak berbau" ini.

Jika anda ingin dapatkan maklumat lanjut tentang keistimewaan lain yang bakal anda perolehi sebagai nilai tambah untuk peningkatan pendapatan dan ekonomi anda sila layari laman web utama pihak admin di www.tunetalk2u.biz untuk maklumat lanjut.





Post a Comment

© Tone Excel