Pendapatan Tambahan Melalui Produk Harian SIMKad TuneTalk Toneexcel

Pendapatan Tambahan Melalui Produk Harian SIMKad TuneTalk Toneexcel

Ramai dikalangan mereka yang masih bekerja makan gaji dah mula mengeluh kerana harga barang melambung naik. Kalau hanya kerana gula ditarik subsidi, ramai peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga makanan dan minuman. Bayangkan air yang kita beli di pasar-pasar malam, ataupun gerai minuman yang dulunya berharga RM1 kini telah naik kepada RM1.20. Itu baru harga gula yang saya sentuh belum dengan harga minyaknya lagi kan.

Kehidupan sekarang memang cukup mencabar sebenarnya. Amat beruntunglah mereka yang masih bekerja dan memperolehi gaji bulanan. Bagaimana dengan nasib mereka yang tidak bekerja dan hanya bergantung kepada hasil perniagaan kecil-kecilan mereka. Kalau ada untung dapatlah mereka makan lebih, andai sebaliknya hanya mereka sahaja  yang tahu betapa susahnya hidup di zaman sekarang ni.

Pembangunan Teknologi Tidak Dapat Dihalang

Tetapi satu perkara yang tak boleh tidak pasti setiap orang memilih untuk berhubung adalah alat seperti telefon. Siapa yang tidak memakai handphone ? Zaman teknologi ataupun zaman informasi dihujung jarinya ni memang kita tidak dapat lari dari kemajuan. Sedangkan orang asli pun tahu keperluan telefon dalam hidup mereka.

Mengikut statistik daripada jumlah populariti rakyat Malaysia iaitu sebanyak 27.4 juta orang terdapat 34.4 juta pemilik telefon yang berdaftar. Ini bermakna terdapat lebih 7 juta pengguna telefon yang memiliki lebih daripada 1 handphone.

Kadar had umur pengguna handphone mengikut majoriti adalah bermula dari umur 12 tahun. Ketika umur masih dibangku sekolah telah mula menggunakan handphone maka tidak hairanlah suatu hari nanti setiap orang diseluruh dunia tidak kira apa sahaja latar belakang pasti menggunakan handphone.


Peluang Yang Tidak Patut Dilepaskan

Dari perangkaan jumlah pengguna yang semakin meningkat dari tahun ke tahun telah menyebabkan banyak peluang menjana pendapatan dari bidang telekomunikasi telah mula berkembang. Di Malaysia mungkin tidak diwar-warkan peluang menambah pendapatan kepada orang awam melainkan hanya sebagai pengguna sahaja.

Jika tidak masakan jutawan ke 2 terkaya di Malaysia adalah dari bidang telekomunikasi. Siapa yang tak kenal dengan syarikat Maxis. Cuba search dengan pakcik google tentang orang terkaya di Malaysia !

Saya kadang-kadang terfikir juga bagaimana penjual prepaid di kedai-kedai yang banyak dipelopori peniaga berbangsa Cina masih boleh terus kekal dan bertambah cawangan kedai mereka walaupun untung menjual prepaid kalau nak diikutkan hanya untung sen-sen sahaja. Sebab apa berlakunya sedemikian ?

Ini adalah kerana permintaan yang tinggi menyebabkan bisnes turn over mereka sentiasa berulang. Keuntungan dengan margin yang kecil tetapi berterusan adalah salah satu pilihan yang amat disyorkan oleh majoriti jutawan perniagaan. Bukan itu sahaja, ada produk sampingan lain seperti handphone, aksesori handphone dan macam-macam lagi antara penyumbang kepada jualan mereka.


Keunikan SIMKad Tune Tallk Toneexcel


SIMKad ataupun singkatan dari bagi Subscriber Identification Module (SIM). Ia merupakan Litar bersepadu (Integrated Circuit) yang bertujuan menyimpan data mengenai pemilik serta maklumat peralatan telephone yang digunakan untuk disimpan secara selamat. Jika ingin mendapat maklumat lebih lengkap tentang apakah SIMkad sila layari laman web WiseGeek atau terus baca di sini.

Antara keunikan SIMkad Tune Talk Toneexcel :
  • Didatangkan untuk penggunaan 2 dalam 1 iaitu untuk penggunaan handphone jenis Smartphone ataupun jenis biasa. Anda tak perlu ke kedai untuk memotong SIMKad kepada saiz untuk slot SIMKad Smartphone.
  • Bukan sahaja anda menerima SIMkad, malah mendapat nombor polisi insuran kemalangan atau PA Insurance untuk perlindungan sebanyak RM100,000 secara percuma jika anda mendaftar sebagai pengguna.
  • Boleh sertai Program Komuniti WOW Tune Talk Toneexcel sebagai ejen pemasar dan mendapat kelebihannya seperti yang diterangkan pada post yang lepas. Sila baca terus di sini !
  • Anda tak perlu daftar nombor yang baru jika anda sayang pada nombor yang anda gunakan sekarang.
  • Dijamin penggunaannya khas kepada pengguna SIMKad Tune Talk Toneexcel sebab ia dilindungi oleh LPKPM (Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia). Jadi tiada penipuan yang boleh dilakukan oleh pihak syarikat kepada pengguna. Hak pengguna itu sendiri dilindungi. 


Jika ingin diceritakan secara keseluruhan, banyak kelebihan yang disediakan kepada pengguna SIMkad ini. Hanya mereka yang telah menggunakannya akan tahu apakah keunikan yang dialami oleh mereka sendiri.

Andai kata anda juga sebahagian daripada komuniti program ini, sila beri komen serta pendangan di kotak komen dibawah ini untuk sama-sama berkongsi pendapat tentang SIMKad Tune Talk Toneexcel.

Cukup setakat ini perkongsian saya, semoga dikurniakan idea untuk terus berkongsi kelebihan yang terdapat dalam program yang sedang saya kembangkan untuk pengguna handphone di Malaysia khasnya. 

Semoga berjumpa lagi di lain masa..Insyaa Allah.

Sekian. Terima kasih.

P/S : Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang program yang saya maksudkan di atas, sila baca dan tonton maklumat yang diterangkan di laman web utama saya di www.tunetalk2u.biz