Cara Memeriksa Pengesahan Untuk Kelayakan PA Insurance RM100k Tune Talk

" Betul ke Tune Talk nak bagi perlindungan insuran kemalangan secara percuma sebanyak RM 100k ? Macam tak percaya jer "


Pertanyaan di atas mungkin bermain-main difikiran anda sekarang, bukan ? Siapa yang tak mahu insuran kemalangan diri tanpa mengenakan apa-apa bayaran tambahan. Jika anda belum pernah melanggan apa-apa insuran kemalangan pasti apa yang saya telah ceritakan pada post yang lepas di sini membuat anda akan terus membuat keputusan.

Jika anda telah menjadi rakan kongsi dalam network saya, jadikan maklumat ini sebagai rujukan. Kalau tidakpun anda tetap boleh mendapatkan maklumt di sini cuma terlebih dahulu saya inigin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjengah blog ini.

Kebanyakannya pengguna Tune Talk tahu bahawa mereka dilindungi insuran kemalangan diri TETAPI ramai yang tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkan pengesahan untuk memastikan anda layak atau tidak layak untuk perlindungan kemalangan.

Cara Pengesahan Bahawa Anda Telah Dilindungi PA Insurance RM100k

Jika anda telah berdaftar sebagai pengguna SIMKad Tune Talk, pastikan anda tahu bagaimana cara mengesahkan bahawa anda telah dilindungi. Tak ramai yang ambil kisah tentang perkara ini dan ini menyebabkan ada setengah tidak ambil kisah tentang ini. Jika anda sebagai ejen pemasaran Tune Talk Toneexcel perkara seperti ini anda perlu ketahui.

Saya akan pecahkan kepada 2 bahagian.

1) Pengguna dan Ejen pemasaran SIMKad Program WOW Tune Talk Toneexcel

2) Pengguna biasa SIMKad Tune Talk

Kedua dua bahagian ini mempunyai kelebihan yang berbeza. Salah satu persamaanya adalah dari segi Perlindungan Kemalangan Peribadi ataupun PA (Personal Accident).

Baiklah kita lihat cara pengesahan sebagai...

1) Pengguna dan Ejen pemasaran SIMKad Program WOW Tune Talk Toneexcel

Langkah #1 : Sila taip di browser carian internet anda - www.toneexcel.com



Langkah #2 : Kemudian klik Benefits dan kemudian terus ke Personal Accident Insurance


Langkah #3 : Klik pada pautan yang seperti yang digambarkan di bawah ini


Langkah #4 : Masukkan No Kad Pengenalan Anda dalam kotak yang disediakan dan KLIK butang Check Now!



Langkah #5 : Tunggu beberapa saat untuk keputusan pengesahan



SELESAI

Pilihan kedua jika anda sebagai...

2) Pengguna biasa SIMKad Tune Talk

Jika anda sebagai pengguna biasa SIMkad Tune Talk anda boleh pergi ke laman web di bawah ini terus !

---> http://www.tunetalk.com/my/services/insurance


Sekian dulu perkongsian saya pada kali ini. Semoga ia membantu anda kelak.

Sila KLIK butang "LIKE" jika ada suka perkongsian ini. Terima kasih.

2 comments


EmoticonEmoticon