Amaran Akhir Dari ToneExcel - Tiada Logo TuneTalk Di Website Anda



Perkara seperti ini biasa bagi pemasar internet yang menjalankan perniagaan network marketing seperti Toneexcel. Sebagai ejen anda harus taat setiap perubahan dasar, undang-undang ataupun syarat yang dikemukakan oleh pihak syarikat.

Terpaksa Akur

Bagi yang telah lama melakukan teknik  pemasaran online seperti saya mungkin mengambil masa untuk mengeluarkan semua logo dari TuneTalk yang ada di blog ini. Saya harap semua dapat dikeluarkan seberapa segera yang boleh.

Bagi admin webmaster untuk website perlu melakukan perubahan pada kadar yang segera kerana warning seperti ini nampak untuk tempoh yang terakhir.

Mesej amaran dari ToneExcel

" Anda dinasihatkan untuk membuang dan tidak menggunakan semua Logo TuneTalk dari laman web anda, bahan-bahan cetak dan media lain. Anda akan bertanggungjawab ke atas apa-apa pendakwaan oleh TuneTalk atau ejen yang dilantik TuneTalk. Untuk logo rasmi TuneTalk, sila e-mel care@tonegroup.net "

Lakukan Sesuatu Sebelum Dikenakan Tindakan

Admin tak pasti apakah bentuk tindakan yang akan diambil. Langkah pembetulan dan pertukaran kepada yang lebih efektif perlulah dilakukan.

Diatas amaran ini maka pihak admin sedang dalam proses pertukaran laman web dari www.tunetalk2u.biz kepada satu laman web baru. Domain name baru bagi pihak admin adalah www.pendapatanpasif.net

Mungkin nama blog ini pun akan bertukar kepada satu nama yang lain.

Saya harap tiadalah tindakan boleh dikenakan atas usaha saya untuk patuh pada arahan.

Semoga sama-sama melakukan perubahan dan mula melakukan perubahan. Insyaa Allah.


Sekian. Terima kasih.
Apakah makna PUK untuk pengguna Handphone ?

Apakah makna PUK untuk pengguna Handphone ?

Pengguna handphone seperti anda dan saya pasti tertanya-tanya apakah maksud PUK ?

PUK ini bagi perkataan singkatan bagi Personal Unblocking Code. Bila anda dah tahu singkatan perkataan PUK anda dah dapat gambaran dah kan. Ia adalah satu sekuriti kod khas yang didaftar kepada Simkad ataupun Hanphone anda.

Di Malaysia kebiasaanya jika kita tersalah key ini kata laluan untuk Simkad sebanyak 3 kali, Simkad akan di 'block' dari digunakan terus. Anda tidak boleh membuat panggilan, sms, internet dan juga buat panggilan kecemasan. Anda perlu mendapatkannya pada syarikat telko yang telah daftar untuk dapat menggunakannya semula.

Simpan No PUK Anda

Saya ingin menasihatkan kepada pengguna simkad Toneexcel yang baru agar menyimpan no PUK yang kebiasaanya tertulis di bahagian belakang simkad. Salin nombor tersebut sebagai catatan di mana-mana kertas ataupun simpan di komputer ataupun laptop peribadi anda.

Jarang masalah block sehingga meminta no PUK untuk 'access' semula simkad. Tetapi apabila terjadi kebanyakan pengguna handphone akan panik dan tidak tahu untuk rujuk di mana.

Semoga informasi ini sedikit sebanyak membantu anda mengenali apakah yang dikatakan nombor PUK (Personal Unblocking Code).

=================================
Cara Guna Hanphone Macam Biasa Boleh Dapat Income
=================================

Sila layari laman web di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.

---> www.pendapatanpasif.net


Kemaskini - Cara AKTIFkan SIMKAD Toneexcel Dipermudahkan.



Sejak awal tahun 2014 ramai pengguna simkad Toneexcel merungut kerana pendaftaran lambat, call DEC tak berjawab, prospek lari sebab masalah pendaftaran yang menyukarkan dan sebagainya.

Bagi saya...

..sesuatu masalah yang berlaku pada peluang bisnes Toneexcel yang saya lihat semakin hari semakin meletop ini adalah perkara biasa. Apabila jenama dan keunikan peluang yang ditawarkan disambut baik dan menjadi bualan ramai pengguna handphone menyebabkan mereka berpusu-pusu untuk menyertai peluang bisnes ini.

Jika anda sekarang ada sekelumit perasaan ingin 'quit' dari bisnes ini, saya nasihatkan hentikan dahulu. Periksa dulu apakah tawaran unik kepada anda sendiri sebagai pengguna handphone dan apakah bantuan yang anda boleh berikan kepada orang lain agar turut merasa kelebihan yang anda sedang alami.

Peluang bisnes Toneexcel adalah WIN-WIN situation (cakap omputeh lah pulak). Anda tak buat tetapi anda guna untuk Call, SMS, Internet seperti mana anda lakukan sekarang pun mendapat faedah, waima anda buat secara serius dalam bisnes ini.

Baiklah...post saya kali ini ingin berkongsi kepada cara melakukan pengaktifan simkad Toneexcel anda sejurus anda memilikinya. Melalui kaedah SMS sahaja dan boleh daftar untuk aktifkan simkad. Simple & Easy (alamak, sekali lagi cakap omputeh).

Berikut adalah cara melakukannya...

Aktifkan//Daftar SIMKAD Tunetalk-ToneExcel

Pertama:
Hantar SMS pendaftaran ke nombor 014-705 7769 sahaja.

ad nama noSN noPUK noIC/Passport alamat poskod NoIDP

Pilihan:
Jika ada maklumat bank atau kekal no lama, sila sertakan selepas poskod, sebelum idp.

Jika port-in ingin dilakukan kemudian, (bukan semasa pendaftaran kali pertama ini) sila tukarkan kod dari ad ke pt dan sertakan maklumat diatas sehingga poskod SAHAJA, idp tak perlu lagi.


Peringatan:
1. No 014-705 7769 untuk pendaftaran ad dan pt sahaja, jangan call no ini, atau hantar apa-apa pertanyaan.

2. Pendaftaran akan dilakukan dari pukul 9 pagi hingga 12 malam setiap hari, tetapi SMS pendaftaran boleh dilakukan bila2 masa sahaja, walaupun selepas 12 malam.

3. Selepas anda menghantar SMS pendaftaran, tunggu dalam 2 jam, jika masih tak dapat reply SMS, sila call terus DEC ditalian:
01115081515
01115091515
01115121515
01115131515
01115141515

Waktu DEC menjawab talipon:
Isnin hingga Jumaat. 10 pagi - 5 petang
Sabtu : 10 pagi hingga 2 petang
Ahad dan public holiday -tutup.

4. Apabila sudah dapat nombor dan IDP, sila buat satu SMS menggunakan simkad toneexcel itu kemana-mana sahaja, jika tidak simkad tersebut akan expired selepas beberapa hari.


Saya harap maklumat ini membantu anda untuk mengaktifkan simkad Toneexcel anda. Jika masih kurang faham sila dapat maklumat lanjut di sini !

Sekian. Terima kasih.