Tone Excel

WhatsApp Cabaran Baru Telco Tempatan



Zaman sekarang semuanya mudah untuk dilakukan. Apa sahaja maklumat yang kita inginkan mudah untuk diakses di internet. Cari sahaja maklumat menggunakan Google. Semua keputusan carian terpapar di situ.

Ada yang nak tahu sesuatu info, boleh disiasat hanya menggunakan kuasa internet. Dari sudut privasi perkara ini memang cukup merbahaya. Semua data boleh dicari dengan mudah.

Mahu tidak mahu kita perlu hadapi cabaran era teknologi maklumat tanpa sempadan ini.

Adakah era Telco akan terjejas disebabkan applikasi percuma ?

Sila baca laporan dari Utusan Malaysia Online yang bertajuk "WhatsApp jejaskan syarikat telekomunikasi tempatan"

Berikut adalah laporannya...

========================================================================

KUALA LUMPUR 14 April - Syarikat-syarikat telekomunikasi (telko) tempatan dijangka berhadapan kesukaran, apabila aplikasi perhubungan utama telefon pintar (OTT) seperti WhatsApp dijangka memperkenalkan perkhidmatan suara.

Perkembangan itu sedikit sebanyak mendatangkan kerisauan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan memandangkan segmen suara masih menyumbang 50 hingga 60 peratus pendapatan kepada mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif WhatsApp, Jan Koum pada Februari lalu mengumumkan syarikatnya merancang untuk memasukkan kemudahan panggilan suara di dalam aplikasi tersebut menjelang pertengahan tahun ini.

Malah, beberapa siri percubaan kemudahan itu sedang dilakukan yang telah mendapat liputan media segmen teknologi maklumat dan komunikasi.

“Telko terus berhadapan kesukaran menjana perolehan akibat kemunculan aplikasi-aplikasi percuma ini.

“Aplikasi-aplikasi tersebut sendiri telah menjejaskan pendapatan telko melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), ekoran kadar penggunaan telefon pintar yang bertambah selain tiada kaedah tersebut lebih murah dan efektif," jelas nota kajian RHB Research di sini hari ini.

Pada masa sama menurut kajian itu, penggunaan OTT yang semakin meningkat juga tidak menjanjikan kadar penggunaan internet yang tinggi, sekali gus menyukarkan telko menjana pendapatan.

Namun jelas nota kajian itu, sehingga kini status penghasilan kemudahan panggilan suara oleh WhatsApp itu masih belum dipastikan. Tetapi kajian itu tetap menyifatkan pengguna masih sanggup membayar apa-apa caj perkhidmatan suara jika kualitinya terjamin.

“Telko sebenarnya menyedari carabaran daripada OTT ini, dan mereka mungkin menyusun kembali perkhidmatan data bagi memastikan perolehan maksimum dapat dijana menerusi data," jelas nota kajian itu lagi.

Ketiga-tiga syarikat telko utama tempatan iaitu Maxis, Celcom dan Digi masing-masing menjana pendapatan antara RM900 juta hingga RM1.2 bilion setiap suku tahun 2013.

Sumber dari Utusan Malaysia Online - KLIK SINI

========================================================================

Walau apapun cabaran untuk syarikat telekomunikasi tempatan, saya pasti mereka akan mengambil langkah bijak untuk menawarkan dan memberi faedah yang berbaloi kepada pengguna-pengguna perkhidmatan mereka.

Bagi pandangan saya ini akan menjadi satu persaingan yang sihat kepada pengguna handphone tanah air kita.

Kita tunggu dan lihat.

=========================================================
Rebat Tunai 3% Setiap Bulan Sebagai Pengguna Simkad Tunetalk Toneexcel
=========================================================

Anda mahu tahu cara bagaimana sampai satu masa caj penggunaan prepaid bulanan anda menjadi percuma seumur hidup hanya dengan syarat mudah.

Ada banyak lagi tawaran berganda yang ada diceritakan di laman web di bawah ini.

Sila layari www.pendapatanpasif.net sekarang !




Post a Comment

© Tone Excel