Tone Excel

Kadar Pukul Rata Tune Talk Tone Excel

Setiap pengguna ataupun pembeli yang sanggup membayar untuk memiliki sesuatu barangan ataupun perkhidmatan, pasti ingin mendapat jaminan. Jaminan yang diwujudkan hanyalah sekadar untuk menghilangkan rasa takut akan kehilangan, kerugian atau kesan tidak baik kepada diri mereka.

Ada juga pengguna dan pembeli sanggup membayar pada harga yang tinggi semata-mata percaya kepada kredibiliti penjual. Mereka yakin kepada khidmat dan tawaran yang terbaik. Apa yang mereka bayar bagi mereka adalah sesuatu yang sangat berbaloi.


Faedah Berbaloi dan Istimewa Untuk Pengguna Tone Excel


Ramai pengguna handphone pasti setuju jika saya katakan antara faktor mereka bertukar-tukar syarikat telco adalah kerana caj panggilan dan caj data plan. Ada juga mempunyai sebab mereka berubah arah kerana line coverage yang mempunyai masalah setempat terutamanya dikawasan mereka tinggal.

Terdapat beberapa keistimewaan kepada setiap pengguna simkad Tune Talk Tone Excel. Bagi pandangan saya ia sangat berbaloi untuk setiap sen yang anda belanjakan. Mungkin agak tidak masuk akal dengan tawaran berganda yang disediakan oleh pihak Tone Group kepada pengguna Tone Excel.

Pasti tawaran berganda seperti di bawah ini membuatkan anda teruja untuk bertukar dari line telco anda sekarang kepada line Tune Talk.

1. Sendiri Topup Sendiri Dapat Duit

Tak pernah saya jumpa mana-mana tawaran sebegini kepada pengguna handphone khasnya. Syarikat Tone Excel adalah perintis kepada peluang dan tawaran sebegini. Kadang-kadang tak masuk akal. 

Syarat minimum dikenakan, hanya melepasi topup terkumpul bulanan RM30 telah layak untuk mendapat Cash Back 3%. Bayangkan..anda topup bulanan RM100, anda boleh dapat RM3 balik dan terus deposit dalam akaun bank anda.

Bukankah itu cukup berbaloi buat anda.


2. PERCUMA Insuran Kemalangan Diri RM100,000

Tanpa membayar apa-apa premium bulanan anda layak mendapat perlindungan ini. Hanya mengenakan syarat menggunakan topup terkumpul sebanyak RM50 sebulan, anda telah layak mendapat perlindungan insuran.

Syarikat Tune Insurance akan membayar sekiranya kemalangan yang menyebabkan kematian dan cacat kekal. Cuma nak diingatkan kemalangan dari kenderaan motosikal tidak dilindungi atas sebab-sebab tertentu.

Saya tidak boleh cerita lebih tentang insuran ini sebab saya bukan penjual insuran tetapi adalah penjual simkad Tune Talk Tone Excel.


3. Penjimatan Berganda Setiap Penggunaan ( Panggilan, SMS, Internet )

Sila rujuk gambaran di bawah ini !

Untuk maklumat lanjut sila layari www.pendapatanpasif.net !


Post a Comment

© Tone Excel