Download PERCUMA Ebook Rahsia Menjana Pendapatan Pasif Dengan Handphone - TERHAD



Ingin mengubah taraf ekonomi anda ?
Anda masih tercari-cari peluang menjana pendapatan sampingan melalui internet ?
Tahukah anda, anda juga boleh memperolehi pendapatan TANPA henti setiap bulan ?

[+] Bisnes MUDAH dilakukan
[+] Prospek LUAS
[+] Unlimited INCOME
[+] Pendapatan Pasif - PENCEN
[+] Pendapatan BOLEH diwariskan
[+] Berpotensi Mencapai Kebebasan WANG & MASA


Anda betul-betul ingin mengubah kehidupan biasa-biasa anda kepada yang LUAR BIASA ?


Sila DOWNLOAD ebook di atas terlebih dahulu. Dibuka untuk 100 orang download sahaja !

Sila masukkan NAMA panggilan anda serta alamat emel utama anda (gmail digalakkan) untuk terus download ebook Rahsia Menjana Pendapatan Pasif Dengan Handphone Anda sekarang !



Nama Panggilan Anda

Emel Utama Anda




Apa beza Toneexcel dan Toneplus ?



Anda mesti tertanyakan kenapa ada 2 perbezaan plan pemasaran dalam Tone Group. Kalau nak kaji punca kenapa ada 2 plan, nanti anda jadi keliru. Jadi biarlah saya share kepada anda salah satu video yang buat anda turut faham apakah beza program simkad Toneexcel dan program simkad Toneplus.

Tak payah buang masa baca coleteh saya. Terus tonton video berdurasi 4minit 52 saat ini.










Hakikat Rakyat Malaysia...'Gila' Telefon Pintar


Gambar : Muka depan keratan akhbar KOSMO bertarikh 6 Dec 2014


Menjadi tajuk utama salah satu akhbar tabloid, berkenaan kegilaan rakyat Malaysia sehingga menjadi ketagihan. Adakah benar rakyat Malaysia menjadi hamba telefon pintar ?

Saya petik dari laporan Sinar Harian tentang salah satu artikel yang ditulis pada 21 Sep 2013 seperti dibawah. Mungkin fakta ini menjadi punca dan penyebab mengapa rakyat Malaysia 'gila' telefon pintar.

Malaysia 'gila' telefon pintar

PENGGUNAAN telefon bimbit di Malaysia adalah yang ketiga tertinggi di Asia Pasifik serta melebihi negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah, menurut laporan terbaru firma kajian pengguna Nielsen.

Laporan Memahami Pengguna Telefon Bimbit Asia itu menunjukkan trend terkini dalam pemilikan telefon pintar serta sikap pengguna di sembilan negara Asia Pasifik termasuk Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina, Australia, Hong Kong, China, India dan Singapura.

Malaysia mencatatkan kadar penembusan telefon pintar 80 peratus selepas Hong Kong dan Singapura (87 peratus), diikuti Australia (75 peratus) dan China (71 peratus).

Laporan itu juga menunjukkan penggunaan telefon bimbit di Asia Pasifik terus mencatatkan pertumbuhan berganda sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Penggunaan telefon pintar di pasaran membangun juga mula meningkat. Thailand mencatatkan kadar penembusan 49 peratus diikuti Indonesia (23 peratus), India (18 peratus) dan Filipina (15 peratus).


Rakyat Malaysia paling ramai memiliki lebih daripada satu telefon bimbit


Jumlah pengguna yang memiliki beberapa telefon bimbit juga semakin meningkat di rantau Asia Pasifik, terutama di Malaysia, di mana hampir separuh atau 47 peratus pengguna memiliki lebih daripada satu telefon bimbit, diikuti Hong Kong (31 peratus) serta Singapura dan China (29 peratus).

Selain telefon pintar, penggunaan tablet juga dilihat semakin meningkat di pasaran rantau ini berbanding tahun lalu, dengan Singapura mencatatkan peningkatan hampir 30 peratus kepada 47 peratus, Hong Kong (57 peratus) dan Malaysia (42 peratus).

"Pertumbuhan dalam pemilikan peranti yang boleh disambung kepada internet di Asia Pasifik begitu besar sejak beberapa tahun ini.

"Walaupun graf pertumbuhan ini dijangka akan mula mendatar, penggunaan peranti ini akan terus berkembang dan memberikan peluang yang sangat besar kepada organisasi untuk berhubung dengan pengguna melalui platform ini," menurut Pengarah Amalan Telekomunikasi dan Teknologi Asia Tenggara Nielsen, Sagar Phadke.

Menurutnya, menjadi semakin penting bagi syarikat untuk membangunkan strategi mudah alih yang canggih bagi mengambil peluang daripada trend terbaru ini.


Samsung jenama telefon pintar paling popular di negara ini


Laporan itu turut menunjukkan jenama menjadi faktor utama yang mempengaruhi pemilihan telefon pintar bagi pengguna di Asia Pasifik, dan Samsung adalah jenama paling digemari di Malaysia.

Selain itu, pengguna di Asia Tenggara turut meluangkan purata tiga jam setiap hari menggunakan telefon pintar mereka, termasuk untuk aplikasi sembang, media sosial dan hiburan seperti permainan dan multimedia, iaitu tempoh penggunaan paling tinggi di dunia.

"Walaupun kadar penembusan telefon pintar belum mencecah 100 peratus, penggunaan aplikasi semakin meningkat. Satu daripada lima pengguna telefon bimbit di dunia, yang kini berjumlah 1.2 bilion orang, menggunakan aplikasi dalam telefon mereka.

"Di Asia Pasifik, permainan, aplikasi multimedia dan media sosial adalah paling banyak digunakan," kata Phadke.

Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Australia juga memperlihatkan penggunaan perdagangan mudah alih yang semakin tinggi, dengan kadar antara 25 peratus dan 31 peratus, di mana pengguna menggunakan telefon pintar mereka untuk membeli barangan atau membuat pembayaran.

"Memahami sikap pengguna telefon pintar adalah penting bagi kejayaan sesebuah syarikat pada hari ini," kata Phadke.


Sumber dari : Sinar Harian


Semoga perkongsian ini membantu anda sedikit sebanyak tentang fakta sebenar yang harus kita akui.

Kita tidak mahu menahan perubahan teknologi yang semakin memalaskan manusia, namun itu bukan alasan untuk kita menolak kehadiran teknologi telefon pintar. Jangan sampai telefon pintar yang kita miliki sekarang merosakkan kehidupan kita sehingga melupakan tanggungjawab asas kita kepada Allah, keluarga dan masyarakat.

Sekian. Terima kasih.


P/S : Anda dah tukar kepada simkad yang akan bayar anda setiap bulan TANPA henti ? Sila dapatkan maklumat peluang ini di www.toneexcel.biz sekalrang !


37 Juta Pengguna Telefon Bimbit PadaTahun 2012 Sahaja...Kini ?



Di Malaysia kini, kesan ledakan teknologi telekomunikasi semakin ketara. Di mana-mana boleh kelihatan orang menggunakan telefon bimbit sama ada untuk menelefon, menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) atau melayari Internet.

Permintaan terhadap pemilikan telefon bimbit semakin ketara. Malah perangkaan terbaru mendapati secara purata setiap seorang daripada 28 juta rakyat Malaysia memiliki satu unit telefon bimbit.

Ambil Kesempatan Yang Ada


Ini berita yang saya lampirkan terus dari Utusan Online. Berita ditulis oleh Wartawan Mingguan Malaysia, MUHAMAD AMIRUL AFIQ MASTOR, ROSALINDA MD. SAID dan NORAZRIN MARZUKI.

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Perkembangan teknologi telekomunikasi global turut meledakkan kesannya di Malaysia dengan fakta semasa mendapati penggunaan telefon bimbit di negara ini melebihi 37 juta unit.

Ini bermakna secara purata setiap rakyat Malaysia yang berjumlah 28 juta orang, mempunyai sekurang-kurangnya satu telefon bimbit manakala sebahagiannya lagi memiliki lebih satu malah mencecah enam unit pada satu-satu masa.

Data itu diperoleh berdasarkan Kajian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang mendapati pada 2010, sebanyak 33,250,177 telefon bimbit digunakan oleh rakyat di negara ini.

Kajian SKMM itu mendapati peningkatan sekali ganda berbanding 2005 iaitu hanya 16,243,337 telefon bimbit atau meningkat 3.4 juta telefon bimbit pada setiap tahun.

Paling mengejutkan, kajian itu mendapati 198,286 orang menggunakan lima unit telefon bimbit pada satu-satu masa manakala 254,938 orang memiliki empat unit, 849,795 orang tiga unit manakala 6.77 juta orang mempunyai dua telefon bimbit dan selebihnya 20.25 juta, satu unit.

Sumber : Utusan Online


Terkini : Jumlah Pengguna Telefon Bimbit di Malaysia

Jumlah pengguna telefon bimbit di Malaysia mengikut laporan SKMM pada tahu 2014 menunjukkan peningkatan kepada  43,248,000 (43.2juta) pengguna berdaftar.

Anda boleh rujuk terus laporan dalam format PDF dari website SKMM di sini !

Dari sudut kajian pengguna telefon bimbit berdasarkan kewarganegaraan menunjukkan peningkatan kepada BUKAN warganegara Malaysia. Sila lihat keputusan kaji selidik dari tahun  2009 sehingga 2014 di bawah ini.



Sebagai pengguna simkad Toneexcel merangkap ejen pemasar simkad Toneexcel, peluang anda cukup cerah. Anda layak untuk kongsikan peluang ini kepada mereka yang bukan warganegara Malaysia agar turut serta dalam bisnes ini.

Banyak maklumat lengkap yang boleh anda rujuk pada laporan PDF di atas. Saya cuma kongsikan beberapa fakta penting untuk anda faham mengapa kita perlu pilih bisnes Toneexcel,

Antata fakta menarik kenapa anda harus memilih bisnes dalam bidang telekomunikasi adalah dari segi bilangan pengguna yang meningkat di kebanyakan negeri-negeri di seluruh Malaysia.

Cuba lihat sekali imbas graf di bawah supaya lebih jelas.



Merujuk graf di atas membuktikan kebanyakan negeri-negeri menunjukkan pengguna telefon bimbit lebih tinggin daripada jumlah populasi sesebuah negeri.

Seperti biasa, negeri Selangor masih mengungguli carta tertinggi pengguna telefon bimbit berbanding neger-negeri yang lain.


Apa Lagi Sebab Untuk Anda TIDAK Memulakan Bisnes Toneexcel ?

Banyak fakta menarik dalam laporan PDF yang terhasil dari kajian terperinci pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) pada tahun 2014. Ia cukup lengkap dari segenap segi. Sehinggakan demografik, umur, jantina dan sebagainya dikaji dengan cukup terperinci. Anda boleh rujuk sekarang di sini !

Mahukah anda berada dalam golongan pemilik bisnes telekomunikasi dan mula menjana pendapatan pasif TANPA HENTI setiap bulan ?

Pendapatan anda kelak BOLEH di warisi oleh anak dan keluarga anda.

Ubah simkad anda sekarang dan mula nikmati faedah terbaik demi penjimatan dan penjanaan pendapatan pada masa yang sama.

Anda guna handphone, anda di bayar
Anda ajak orang lain  guna handphone, anda dibayar
Orang yang kawan anda ajak guna handphone, anda dibayar
Kawan yang anda ajak belanja handphone juga anda dibayar.


Maklumat lanjut sila layari www.pendapatanpasif.net sekarang !

Alhamdulillah....Kedudukan Page 1 Laman Web TuneTalk2u.biz



Sebagai usahawan internet, kita perlu memikirkan cara bagaimana untuk meminimumkan kos pengiklanan bagi sesuatu produk. Salah satu cara teknik yang saya selalu suka gunakan adalah teknik SEO.

Walaupun ada pelbagai teknik untuk minimumkan kos pemasaran, teknik ini masih berkesan dan boleh membantu meningkatkan jualan.

Kalau anda nak periksa kedudukan terkini laman web www.tunetalk2u.biz, sila masukkan kata kunci " simkad toneexcel" di enjin carian anda (Google) dan cuba lihat kedudukan terkini laman web ini. Mungkin kedudukan berbeza TAPI saya harap ia masih dipaparkan di Page 1 enjin carian anda.


Apa teknik yang saya gunakan ?


1) Pemilihan keyword yang betul untuk laman web.
2) Perlu ada blog dan cuba linkkan sebanyak mungkin laman web berautoriti ke blog anda.
3) Cipta video di Youtube dan letakkan laman web di bahagian decription. Kalau nak belajar cara naikkan ranking video, anda boleh belajar dengan bro Zyan di pemasaranvideo.com
4) Kongsikan di forum-forum seperti WangCyber.com.
5) Banyakkan penulisan artikel yang berkaitan dengan bisnes anda.


Nampak macam remeh sebenarnya, tapi perlu ada kesabaran yang tinggi untuk mengekalkan ranking website kita ke enjin carian.

Apa yang penting...

Bagi saya adalah niat saya untuk membantu orang lain menjana pendapatan pasif melalui handphone. Tiada satu bisnes rujukan/referrel yang membayar anda seumur hidup selagi pelanggan anda menggunakan simkad Toneexcel.

Anda masih belum mendapatkan simkad yang membayar anda duit pasif setiap bulan TANPA henti hanya duduk di rumah sahaja ?

Anda boleh mulakan bisnes bersama team saya (Team 3PDH Toneexcel) dengan mengikuti 3 langkah mudah ini. Maklumat lanjut sila KLIK DISINI !


Sampai setakat ini dahulu perkongsian saya. Semoga ia memberi manfaat kepada kepada.



P/S : JANGAN lupa LIKE Fanpage kami yer (Projek Pasif Dari Handphone)


10 Kesilapan Yang Biasa Berlaku Ketika Membeli Handphone



Pernahkah anda menyesal membeli handphone model X ? Disebabkan dah terbeli, anda pakailah handphone tu. Dalam kepala berfikir, tahun depan punya bonus nak tukar jenama Y pulak.

Ataupun anda merancang nak cari model handphone X TAPI bila dah masuk kedai handphone anda terminat model lain dek kerana terpengaruh dengan promosi dari jurujual handphone. Pernah berlaku tak kepada diri anda ?

Saya ingin berkongsi kepada anda 10 kesilapan yang biasa berlaku ketika membeli handphone.


1. Keperluan atau kehendak


Beringatlah! Bajet adalah berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan. Pendapatan serta perbelanjaan pula berbeza mengikut kemampuan individu, oleh itu bajet anda sepatutnya berasaskan kepada keperluan dan kehendak.

Ada yang bertanya, bagaimana caranya untuk membezakan antara keperluan dan kehendak? Tentunya, banyak keperluan dan kehendak timbul dalam diri anda. Keperluan adalah sesuatu yang perlu ada dan tidak boleh hidup tanpanya. Betul, telefon adalah keperluan tetapi anda perlu beringat-ingat.

Sebagai contoh, telefon bimbit bukanlah keperluan bagi seorang individu kalau diikutkan 20 tahun lepas. Sebaliknya, di dunia moden hari ini, telefon bimbit sudah menjadi keperluan dan bukan lagi suatu kehendak.

Namun, apabila anda memilih telefon bimbit yang mahal dengan ciri terkini yang anda sendiri jarang gunakan, anda sebenarnya sudah mengubah daripada keperluan kepada kehendak.

2. Terlampau taksub pada resolusi kamera telefon


Apabila anda ke kaunter, soalan yang ditanya, berapa megapiksel kamera telefon ini? 5.0 megapiksel? 8.0 megapiksel? Atau 12.0 megapiksel? Adakah ia soalan itu penting? Jawapannya, ya, penting tetapi ia bukan segala-galanya kalau membeli telefon.

Anda akan membawa telefon ke hulur ke hilir dan fungsi kamera biasanya digunakan secara mengejut, contohnya merakam kemalangan depan mata atau selebriti yang secara tiba-tiba melintas di depan anda.

Pada masa ini, resolusi bukan segala-galanya tetapi kepantasan dan kekuatan ‘shutter’ yang paling utama. Bagaimana untuk memilih shutter?

Jawapan itu sukar dijawab, hanya satu tips saja iaitu cuba dulu telefon di kedai dengan merakam gambar orang lalu lalang di depan. Lihat saja model mana yang kurang ‘blur’nya.

Enjin pemproses itu memainkan peranan lebih penting dan bukannya resolusi. Ketika ini, saya lebih menggemari model iPhone 4 ke atas yang mempunyai kekuatan kamera yang benar-benar baik tetapi tidaklah terlalu hebat.

3. Terikut-ikut orang atau trend


Bak kata-kata dalam salah satu filem P Ramlee (tidak ingat pula saya tajuknya), ‘Orang mahu radio, dia mahu radio…orang mahu motokar baru, dia mahu motokar baru…’ kita terlalu ikut rentak orang di sekeliling sehingga lupa, selera kita tak sama dengan selera orang lain.

Orang lain mungkin sesuai dengan Samsung dan kita pun turut beli produk Samsung walaupun sebenarnya kita lebih sesuai memakai Blackberry atau iPhone saja.

Terikut-ikut kawan berbeza dengan meminta nasihat dari mereka. Anda boleh bertanya tentang telefon pintar dari rakan anda tetapi tidak semestinya ia sesuai dengan keperluan anda.

Misalnya, kawan anda beli jenama tersebut disebabkan mereka sudah biasa memakai produk syarikat tersebut. Anda pula terus membeli tanpa mengkaji terlebih dahulu. Akibatnya, wang beribu ringgit hangus dan anda bosan dengan telefon anda tidak sampai tiga bulan memakainya.

Kadang-kadang, lebih baik kita membeli model lama yang dikeluarkan enam bulan atau setahun lamanya yang lebih murah tetapi elok dipakai. Apatah lagi, harganya sudah jatuh sekitar RM300-RM500.

4. Pilih pasca bayar yang mahal


Apabila membeli telefon pintar, anda pastinya perlukan sambungan data untuk berhubung dengan internet. Pastilah rugi telefon pintar tanpa data kan? Namun, silapnya kita ialah mendapatkan pelan pasca bayar yang mahal. Di pasaran, kebiasaannya ditawarkan pakej 1MB, 2MB, 5MB dan sebagainya.

Ada yang beranggapan kita perlu mendapatkan pelan paling mahal kerana KERAP guna walaupun hakikatnya penggunaannya hanyalah separuh. Jadi semak dulu keperluan. Kalau setakat bersosial di Whatsapp, Facebook dan Twitter, pelan 1MB sudah cukup.

Tetapi tidak salah menggunakan prabayar yang kini ada semurah RM18 sebulan berbanding penggunaan RM88 dan sebagainya. Ia sudah cukup untuk membolehkan anda merewang di internet. Manfaatkan keperluan tersebut.

5. Beli skrin sentuh walaupun tak biasa


Kadang-kadang, kita tidak rasa ‘cool’ berdampingan dengan rakan-rakan yang semuanya menggunakan telefon pintar jenis skrin sentuh berharga mahal. Kita pun ingin turut mencubanya sehingga lupa yang kita lebih biasa menggunakan papan kekunci fizikal.

Terdapat dua pengguna telefon pintar di negara ini, satu yang gemarkan skrin sentuh dan satu lagi yang lebih biasa dengan butang kekunci. Jadi, anda tergolong dalam kategori yang mana? Kalau mahukan skrin sentuh, banyak jenama di pasaran, kalau mahukan butang kekunci, Blackberry pilihan terbaik sekarang.

Kalau sudah nekad menggunakan skrin sentuh, pastikan anda membiasakan diri mempelajarinya.

6. Kurang membaca untuk sedikit penyelidikan


Sesuatu yang jarang pengguna lakukan sebelum membeli telefon pintar adalah membaca. Membaca untuk mendapatkan gajet terbaik mereka. Lihat beberapa majalah atau laman web untuk pastikan anda benar-benar memilih yang terbaik.

Lakukan perbandingan dengan menyediakan kertas khas serta pastikan semuanya disemak termasuk harga, sistem operasi, prosesor dan tahap nipis.

7. Membeli secara bayaran ansuran


Kesilapan yang sering kita lakukan adalah ‘biar papa asal bergaya’. Sehinggakan beli telefon pun mahu berhutang. Lebih baik anda dapat membayar sejumlah tunai untuk mendapatkan telefon pintar dan jangan terikut dengan kempen 0% tanpa faedah. Nampak mudah tetapi pada akhirnya kalau anda terlepas membuat bayaran, padah jadinya.

Lagipun, tempoh pinjaman biasanya setahun hingga dua tahun, bayangkan hanya selepas tiga bulan, sudah ada model baru di pasaran dengan teknologi baru pula itu. Takkan anda mahu berhutang lagikan?Jadi bayarlah secara tunai.

Kalau anda tidak mampu, belilah model yang sederhana. Terdapat banyak telefon pintar yang mempunyai harga kurang RM1,000. Lebih baik anda kumpul dahulu dan elakkan membeli produk bernilai lebih RM1,500 kalau tidak mampu.

8. Tak pentingkan aksesori


Selepas membeli telefon pintar, lebihkan belanja untuk menjaganya termasuk pelindung skrin dan sebagainya. Ramai yang berbelanja besar membeli telefon pintar tetapi melupakan soal aksesori yang sepatutnya menambah jangka hayat telefon.

Saya ambil pelindung skrin sebagai contoh, ia penting untuk memelihara skrin. Kalau jatuh (kebarangkalian yang tinggi) ia akan menyebabkan skrinnya pecah. Itu belum lagi bercakap soal calar dan sebagainya.

Lain-lain aksesori yang perlu diberi perhatian ialah kit bebas tangan (biasanya disertakan tetapi kadang kala tidak juga) dan pengecas mudah alih. Biasalah, bateri telefon pintar ini sangat cepat menurun ketika penggunaan aktif jadi pengecas mudah alih sangat membantu.

Bajet diperlukan untuk tambahan aksesori, mungkin dalam lingkungan RM200.

9. Pilih storan yang tidak mencukupi


Akibat kekurangan bajet, kita membeli telefon dengan kapasiti setoran minimum yang menyebabkan kekurangan ruang untuk menambah aplikasi-aplikasi menarik. Pada waktu sekarang, ada 16GB simpanan secara minimum untuk kebanyakan telefon pintar.

Ada juga yang bagi tambahan slot kad microSD tetapi lebih baik juga kalau gunakan khidmat storan cloud kalau boleh. Kalau anda pengguna yang tegar, beli kapasiti lebih iaitu sekitar 32GB.

10. Beli saiz besar


Ada yang sukakan saiz melebihi 4.0 inci, ada juga yang melebihi 5.5 inci, tetapi beli disebabkan suka saja mengakibatkan anda menyesal,. Mengapa? telefon sukar digenggam, tidak ergonomik, tidak muat dalam poket.

Jadi pilih dengan berhati-hati, kalau saiz tangan anda kecil, beli telefon pintar berskrin 3.7 inci hingga 4.3 inci. Ia membolehkan anda mengoperasikan telefon hanya menggunakan satu tangan yang lebih baik.

Saiz besar juga mengakibatkan poket terlalu penuh dan sukar ketika bergerak (untuk lelaki). Seperti yang disarankan dari awal, cuba dulu telefon tersebut sebelum membelinya.


Sumber : news.yahoo.com

Perubahan Website TuneTalk2u.Biz


Nak upgrade sikit lah website www.tunetalk2u.biz. Saya suka laman web yang nampak clean, putih lagi terang. Inilah rupanya website saya yang baru.

Sekadar untuk lebih mudah, terang dan jelas untuk memberi kefahaman kepada pengunjung website saya tu.

Website di atas TIADA sistem untuk replicate, sebab laman web tu hanya untuk diri saya sendiri wakil sebagai ejen pemasar simkad Toneexcel. Jika anda sebagai downline saya, anda boleh daftar untuk mendapatkan website saya yang satu lagi di www.pendapatanpasif.net

Saya memohon komen anda (kalau sudi) untuk saya ubah apa yang patut dalal website tu.

Ok....see you at the top.

Wassalam...bye

Komisen 6% Masuk Ke Akaun Bank Anda Setiap Kali Suami, Isteri dan Anak Anda Topup



Kalau anda fikir Tone Excel hanya untuk untung kan orang atas, saya nasihatkan fikirkan kembali. Tolong kaji balik peluang yang disediakan oleh pihak Tone Group kepada semua pengguna handphone.

Peluang yang cukup unik ditawarkan kepada anda sebagai pengguna handphone. Jika selama ini anda topup dah bertahun dengan nombor kesayangan anda TANPA mendapat apa-apa komisen, kini ada syarikat menawarkan sesuatu yang berbaloi untuk setiap sen yang belanjakan.


KENAPA BAYAR JIKA "NOTHING TO GET" ?


Tone Excel menyediakan tawaran PALING UNIK di mana anda sekeluarga boleh sertai. Bermula dari umur 12 tahun layak untuk menyertai Tone Excel. Jadikan mereka sebagai pengguna setia.

Kelebihan anda menukar simkad Tone Excel adalah...

1) Setiap topup dapat point. Point boleh tukar hadiah (Tiket Air Asia, Smart phone, Tiket Wayang  dan sebagainya)

2) PERCUMA PA Insuran (Kemalangan Peribadi) RM100k. Syarat topup RM50. Hari ke 61 aktif.

3) Dapat Rebat 3% atau 7% daripada belanja keseluruhan bulanan anda. Contoh anda belanja RM100, anda dapat balik RM3.

4) JIMAT Internet - Topup RM30 dapat FREE 1Gb Data. Expired 30 hari.

5) TAMBAHAN Kredit RM20 setiap kali topup RM50. Baki terkini anda akan jadi RM70

6) Setiap topup TIADA GST. Nilai pulangan GST dapat ON THE SPOT. Tak perlu 24 jam.

7) Buat DUIT LUMAYAN dan pendapatan pasif boleh diwarisi oleh isteri dan anak anda.

JOM saya tunjuk ajar macam mana nak buat. Sila dapatkan ebook percuma rahsia bagaimana menjana RM3408 sebulan dalam Tone Excel. Sila download di sini !

Berilah Peluang Anak Isteri/Suami Anda Rasai Faedah ToneExcel

Anda nak menikmati 6% atau 10% di Level 1 anda ? Nak sponsor orang yang paling mudah adalah isteri dan anak kita. Betul tak ?

Kalau anda adalah pengguna simkad Tone Excel tapi anda TAK FAHAM kelebihan dan faedah yang ditawarkan, ia satu kerugian yang cukup besar. 

Rugi rasanya kalau peluang ni kita tak kongsikan kepada orang yang paling dekat dengan kita seperti suami, isteri, anak, adik-beradik, mak dan ayah kita. Sekurang-kurangnya mereka dapat menikmati kelebihan extra vaganza seperti yang saya telah terangkan di atas.

Anda takkan rugi bila isteri, suami dan anak anda belanja topup setiap bulan sebab ia akan mengalir kepada mereka juga. Cuba bayangkan jika suami/isteri anda belanja topup RM100 sebulan selama 10 tahun, berapa jumlah yang telah dibelanjakan ? Pastilah RM1,000 bukan !

Daripada jumlah RM1,000 apa faedah yang mereka telah dapat ?

Nilai tu nampak besar sebenarnya. Oleh sebab itu ramai yang yang tak sedar sebenarnya syarikat-syarikat telco sebenarnya mengaut keuntungan yang sangat banyak daripada perbelanjaan ahli keluarga kita. 

Berapa lama dan berapa banyak lagi kita perlu bayar untuk menambahkan lagi keuntungan syarikat telco lain.

Kewujudan Tone Excel sebenarnya memberi satu keistimewaan kepada anda sebagai pengguna handphone yang selama ini dalam tak sedar ada perasaan kecewa JIKA dibanding dari segi faedah kepada pengguna. Anda bukan sahaja boleh berjimat malah anda boleh buat duit lagi.

Sekian dahulu perkongsian saya kepada anda yang sudi membaca sehingga akhir perenggan. Semoga anda nampak peluang ini dan bersedia untuk melangkah ke tahun baru 2016 dari sudut ekonomi yang pastinya lebih mencabar. Bersediakah anda ?