Tone Excel

Susah Ke Taja Level 1 Toneexcel Anda Secara ONLINE ?



Mungkin anda beranggapan susah nak promote Toneexcel secara online. Anda mungkin berpendirian, melakukan promosi secara offline adalah lebih sesuai untuk bisnes Toneexcel.

Sebenarnya bagi pandangan peribadi saya, kedua-dua teknik online atau offline mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Ada orang yang suka menjual simkad Toneexcel secara online dan ada orang yang suka menjual secara offline.

Anda jangan hairan, jika anda terbaca atau terdengar, ada ejen pemasar simkad Toneexcel yang berjaya menjana pendapatan 5 angka sebulan, 100% melakukan pemasaran di rumah sahaja. Itu tidak mustahil berlaku. Anda hanya perlu pilih teknik yang sesuai dengan anda.

Bagi saya, saya suka menggunakan kedua-dua kaedah ini untuk luaskan network level 1 saya. Bak kata Sifu Mazelan Abas, kita JANGAN duduk rilek selagi kita belum dapat 400 pengguna simkad di level 1 kita.

Masihkah ingat atau pernah mendengar nasihat beliau tak ?


Cara Kembangkan Bisnes Toneexcel Secara Online



Nampaknya anda memang serius nak kembangkan network level 1 anda secara online. Syabas sebab anda boleh membaca post saya sampai di sini. Teruskan membaca !

Antara teknik yang anda boleh anda ikut untuk mempromosi bisnes Toneexcel secara online adalah seperti berikut.

[1]TRAFIK ---> [2]SQUEEZE PAGE ---> [3]EMEL MARKETING ---> [4]CONVERT PENGGUNA SIMKAD ---> [5]ULANG SEMULA


1) Trafik


Mencari trafik cukup senang sebenarnya sebab kita boleh pilih pelbagai platform yang kita rasa sesuai untuk bisnes kita. Penjanaan trafik anda boleh perolehi di media-media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, LinkedIn dan sebagainya.

Satu lagi idea yang baik untuk anda mendapatkan trafik mudah adalah dari forum-forum online yang membincangkan sesuatu topik khas. Ramai yang kurang menggunakan platform ini untuk pemasaran online. Antara forum saya suka gunakan adalah dari forum Wang Cyber.

Satu lagi medium yang harus anda cuba adalah medium blog. Kalau kita perasan kebanyakan keyword yang kita searh di Google, majoriti keputusan carian menunjukkan kedudukan blog akan diletakkan di page pertama. Tidak kiralah ia berbayar ataupun tidak, asalkan keyword dan SEO rating menepati piawaian pihak Google, itu dah kira OK. Blog anda berpotensi untuk berada di page yang pertama, seperti mana yang saya lakukan sekarang ni, iaitu menggunakan platform percuma dari blogger.com. Dengan blogging saya cuma kongsikan apa sahaja yang berkaitan bisnes Toneexcel saya kepada pembaca yang budiman seperti anda.

Jika anda pengguna Facebook yang tegar dan ingin menjana trafik secara percuma untuk bisnes Toneexcel anda secara mendadak, anda boleh dapatkan ebook "Teknik Promosi Di Facebook Group 2016" dengan harga diskaun sebanyak 90% dari harga asal untuk tempoh yang terhad di www.mybesteam.com sekarang !


2) Squeeze Page


Squeeze page adalah satu laman untuk mengumpul senarai nama prospek. Kebiasaannya laman squeeze page ataupun ada yang panggil sebagai landing page menawarkan hadiah percuma seperti ebook, audio, mini course dan sebagainya.

Penting untuk mengumpul senarai nama dengan cara yang betul dan sah. Teknik ini menjadi satu objektif terpenting dalam bisnes online untuk meningkatkan senarai subcriber dalam database anda demi mengembangkan level 1 bisnes Toneexcel anda.

Anda ingin tahu bagaimana anda boleh membuat squeeze page ataupun landing page anda menggunakan platform percuma di blogger.com ? Saya ingin mencadangkan anda dapat pada harga diskaun yang cukup TERHAD bagi produk EZ Landing Page & EZ Squeeze Page di sini sekarang !

Anda boleh melihat contoh yang saya buat di laman web berbayar saya di www.tunetalk2u.biz. Saya bagi contoh laman web saya, tak semestinya itu yang terbaik yer. Anda boleh explore sendiri maklumat tentang cara membina squeeze page atau landing page anda.


3) Pemasaran Emel


Teknik ni sangat suka digunakan oleh kebanyakan usahawan di Malaysia, malah di peringkat antarabangsa. Ramai yang TIDAK SEDAR tentang kelebihan teknik ini sebab kebanyakan mereka suka menjual di medium-medium sosial seperti Facebook dan Instagram yang kelihatan seperti lebih mudah dan pantas.

Sebenarnya teknik legend (lama) ini sangat berkesan dan ia masih menduduki carta pertama teknik paling berkesan dalam pemasaran online. Syarikat-syarikat besar juga menggunakan teknik ini untuk mempromosi barangan atau perkhidmatan mereka.

Sebagai contoh syarikat Tesco, Petronas dan pelbagai syarikat gergasi lain turut menggunakan teknik pemasaran emel untuk bisnes mereka. Saya sendiri menggunakan perkhidmatan Autoresponder dari Emelmatik dan Thru untuk senarai emel saya. Bagi saya kedua-dua 'tool' ini bakal memberi pelaburan anda yang cukup berbaloi untuk bisnes anda kelak. InsyaAllah.


4) Convert Kepada Pengguna Simkad Toneexcel


Masih berkisar dalam pemasaran emel. Nak convert subscriber anda melalui emel mempunyai tekniknya tersendiri. Anda jangan nampak terlalu mendesak untuk menukar subcriber anda kepada pengguna simkad Toneexcel.

Kebiasaanya anda boleh mula menghantar mesej berbentuk soalan seperti "Nak Tukar Simkad ?" setelah emel ke 5 atau ke 7 selesai dihantar. Pada permulaan emel anda, anda boleh ceritakan BIG WHY kenapa mereka perlu memilih bisnes telekomunikasi sebagai pilihan.

Kemudian anda kongsikan latar belakang syarikat. Seterusnya plan pemasaran yang terdapat dalam Toneexcel. Beri penekanan kepada cara bagaimana Toneexcel membayar komisen kepada mereka. Anda juga boleh masukkan beberapa testimoni pengguna simkad yang bukan sahaja menjimatkan malah boleh menjana pendapatan pasif setiap bulan TANPA henti hanya melalui handphone.

Anda ceritakan input-input yang baik dari segi bagaimana ingin menjadi pengguna yang bijak dan seumpamanya.

Setelah semua maklumat di atas anda telah kongsikan, anda boleh mengajak mereka untuk menukar simkad yang mereka gunakan sekarang kepada simkad Toneexcel. Bagaimana rakan pembaca sekalian...MUDAHKAN ?

Tentu bagi anda yang baru mengenali teknik pemasaran emel pasti sukar untuk memahami apa yang saya terangkan. Jangan putus asa, sebab saya pun bermula dari zero dalam menjana pendapatan pasif melalui internet. Banyak ilmu yang saya perolehi (alhamdulillah) saya rujuk dari enjin carian Google selain daripada pembacaan buku-buku berkisar tentang perniagaan internet.

Saya yakin anda pasti boleh buat. InsyaAllah.

Jika anda ingin belajar secara terus bagaimana teknik pemasaran trend terkini 2016 melalui kaedah yang sama saya terangkan di atas, anda boleh sertai saya di di www.mybesteam.com. InsyaAllah bakal membantu anda dari segi menjana trafik tinggi melalui kaedah percuma, teknik mengumpul subscriber dan sebagainya dalam sistem yang ada di sana kelak.

Daftar sekarang sementara ia masih sah !


Oklah rakan-rakan pembaca sekalian, cukuplah dulu perkongsian saya kepada anda yang sudi membaca post saya sampai hujung ni. Sekian. Jumpa lagi insyaalah. Byeeee...


Post a Comment

© Tone Excel