Berita khas untuk ejen simkad Tone Excel baru - Nak website percuma seumur hidup tak ?



Cari identiti anda sendiri untuk bisnes simkad Tone Excel anda. Saya lihat ramai pemasar simkad Tone Excel melakukan promosi di Facebook tidak mengutamakan untuk berkongsi pautan website mereka sendiri. Walaupun ada juga website referer ataupun website replika yang dikongsikan TETAPI amat sedikit sekali mereka yang mempunyai identiti sendiri.

Memang tidak dinafikan, bukanlah tidak boleh buat sale jika tanpa website jenama sendiri. Cuma untuk nampak lebih profesional dan lebih meyakinkan, adalah lebih baik anda sediakan juga website untuk jenama anda sendiri.

Zaman sekarang ini, untuk memiliki website sendiri bukanlah sesuatu yang mustahil. Jika anda ada modal sedikit, upahlah pakar membuat website untuk bisnes anda. Sediakan sedikit peruntukan untuk bahagian teknikal untuk website dalam lingkungan RM150 sehingga RM350 untuk minisite.

Jika anda inginkan website yang lebih advance pun ada disediakan oleh pakar website tetapi saya nasihatkan JIKA anda masih baru lagi dalam dunia bisnes internet untuk bisnes simkad Tone Excel, saya sarankan anda cuba modalkan untuk produk yang pernah saya kongsikan di blog ini iaitu BS2MS Versi 2. Anda boleh baca perkongsian saya tentang maklumat produk di sini !


Blogspot Satu Platform untuk Newbie  

Google adalah syarikat yang pada mulanya menyediakan servis percuma untuk enjin carian. Kini syarikat gergasi ini telah memiliki beratus-ratus produk yang kebanyakkannya diberikan secara percuma.

Salah satu platform tanpa bayarn untuk anda memiliki website anda sendiri adalah Blogspot.com ataupun Blogger.com. Produk ini disediakan khas bagi mereka yang suka berkongsi dari sudut penulisan artikel format berita, perkongsian kisah kehidupan, minat atau hobi seseorang, travel log dan sebagainya.

Jika anda memiliki akaun Gmail untuk email anda maka anda boleh mendapat access untuk blogspot anda sendiri. Cari sahaja di YouTube untuk cara-cara mendapatkan website percuma anda.


Blogspot Convert To Minisite

Anda mungkin bukan jenis yang suka menulis seperti mana saya suka lakukan pada blog ini. Anda sukakan website yang berformat seperti minisite, landing page atau squeeze page untuk bisnes anda sebenarnya.

Usah khuatir....anda boleh dapatkan minisite yang profesional untuk bisnes simkad Tone Excel anda hanya menggunakan platform blogspot sahaja. Dengan blogspot, anda tak perlu membayar secara bulanan atau tahunan untuk kos domain dan hosting seumur hidup.

Anda hanya perlu fokus kepada cara bagaimana untuk melakukan pemasaran yang efektif di internet sahaja. Jika teknik pemasaran yang anda lakukan telah betul, booommmm...percayalah secara automatik pendapatan pasif dalam bisnes simkad Tone Excel juga akan meningkat.

Secara teknikalnya untuk mendapat minisite dari blogspot secara asas cukup mudah. Anda boleh rujuk YouTube sahaja. Tetapi untuk mendapat minisite yang lebih profesional dan lebih responsif dengan pengguna smart phone, saya sarankan anda dapatkan produk BS2MS Versi 2 ini sekarang !

Kepentingan untuk mencari identiti bisnes anda sendiri amat digalakkan jika anda ingin berada 'long term' dalam bisnes. Website hanyalah salah satu cara yang boleh membina jenama anda sendiri. Itupun sekiranya anda serius ingin memiliki website jenama anda sendiri.

Kesimpulan

Sampai di sini dulu perkongsian saya kepada anda. Terima kasih kerana sudi membaca sehingga perenggan yang ini. Saya berharap artikel ini dapat membantu anda untuk mengembangkan level 1 anda dalam bisnes simkad Tone Excel anda. Jangan lupa LIKE & SHARE artikel ini sekiranya bermanfaat kepada anda. Sekian. Terima kasih.

Nak FOKUS Bisnes Simkad Tone Excel ? Amalkan 4 Makanan nie !


Ramai ejen pemasar simkad Tone Excel menghadapi masalah untuk fokus dalam aktiviti mempromosi dan pemasaran. Sebenarnya aktiviti ini perlu dilakukan secara konsisten seperti mana Tuan Mazelan Abas pernah lakukan sehingga sekarang menjana pendapatan pasif setiap bulan RM1,000,0000 sebulan. Saya percaya pendapatan beliau semakin bertambah.

Saya juga menghadapi masalah ini sehingga hari ini.

Sedikit perkongsian tentang tip bagaimana nak fokus bisnes simkad Tone Excel melalui pemilihan pemakanan. Tip ini saya dapat dari website EatingWell.com. Saya baru tahu faktor pemakanan juga boleh membantu meningkatkan daya fokus kita sebenarnya.

4 Pemakanan Boleh Bantu Kita Fokus

Makan 4 jenis makanan yang dicadangkan ini boleh menajamkan fokus anda. Jika selama ini anda berpendapat penurunan kadar kognitif bermula pada usia 60 tahun, anda harus fikirkan semula.

Menurut kajian dari British Medical Journal menunjukkan kadar penurunan kognitif yang menyebabkan penyakit mudah lupa akan mula memberi kesan seusia awal 45 tahun ! Berikan 4 jenis makanan ini untuk badan anda demi meningkatkan kadar kognitif anda.

( —Kerri-Ann Jennings, M.S., R.D. Former Associate Nutrition Editor for EatingWell Magazine )

1) Tumbuhan Hijau


Perbanyakkan makan sayur-sayuran berwarna hijau boleh meningkatkan daya fokus seseorang.  Kajian Neurology yang pernah dibuat pada tahun 2006 menunjukkan seseorang yang makan 2 atau lebih hidangan sayur-sayuran sehari , terutamanya sayur-sayuran berwarna hijau mampu meningkatkan daya fokus sama seperti usianya 5 tahun yang lepas.

Keraplah makan salad ketika makan tengah hari dan tumis bayam untuk makan malam anda. Itu beberapa cadangan yang diberikan. Apa yang penting jangan tinggal memakan sayur-sayuran hijau demi meningkatkan day fokus anda.


2) Bijiran Penuh

Kajian telah dilakukan membuktikan bahawa sarapan dengan bijiran penuh boleh menajamkan daya fokus anda berbanding makan sarapan makanan berunsurkan karbohidrat atau tak sarapan langsung.

Anda boleh cuba 2 menu ini, bijiran gandum dengan susu atau telur bersama roti bakar.


3)  Kopi

Agak mengejutkan sebenarnya apabila kopi boleh menajamkan fokus kita. Tetapi tahukah anda kopi memberi kesan yang berbeza diantara lelaki dan wanita ? Menurut kajian yang telah dilakukan oleh University of Barcelona lelaki akan lebih alert atau lebih fokus setelah meminum minuman berunsur kafein berbanding wanita.

Melalui kajian itu juga lelaki akan merasa kurang mengantuk selepas 10 minit meminum kopi dan mengalami rangsangan minda dalam masa setengah jam. Wanita juga mendapat rangsangan minda setelah meminum minuman kafein tetapi kesankan sedikit berbeza berbanding lelaki.

Amalkan meminum kopi untuk meningkatkan daya fokus anda !


4) Gum

Bukan gam yang penagih gam hidu-hidu tu yer ! Dalam bahasa omputeh orang panggil Chewing Gum atau gula-gula getah boleh kunyah. Secara teknikalnya, gum bukanlah sejenis makanan tetapi menurut kajian yang telah dibuat pada tahun 2011 mendapati sesiapa yang menguyah gum ketika melakukan tugas dalam keadaan tertekan akan menjadi lebih berjaga-jaga berbanding mereka yang tidak mengunyah gum.

Lebih baik kita mengunyah gum daripada tidak mengunyah langsung ketika melakukan prospekting secara online di Facebook demi mengembangkan bisnes simkad Tone Excel anda !


Semoga perkongsian post ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan daya fokus anda untuk semua kerja-kerja anda, tak kiralah apa jua pun. Jangan hilangkan fokus utama anda untuk mengembangkan Level 1 anda kepada sasaran sekurang-sekurangnya 400 orang seperti mana Tuan Mazelan Abas telah buat dan cadangkan !


Selamat maju jaya. Sekian. Terima kasih.

BS2MS versi 2.0 Khas Untuk Penjual Simkad Tone Excel 100% Secara Online

Pernah tak anda terfikir suatu masa nanti anda akan memiliki website yang cun melecun untuk bisnes Tone Excel anda ? Jika pernah sedetik terlintas dalam fikiran anda untuk memiliki website anda sendiri secara percuma seumur hidup, tanpa perlu membayar kos domain dan hosting, maka Pakej BS2MS Versi 2.0 ini adalah jawapan yang tepat.

Saya suka berkongsi maklumat kepada anda yang ingin mempromosi simkad Tone Excel hanya di internet. Kepentingan memiliki website bagi anda yang serius untuk berjaya seperti mana Tuan Mazelan Abas lakukan sehingga berjaya menjana komisen hampir RM 1 juta sebulan. Di antara keperluan pertama yang perlu anda tahu adalah website bisnes anda sendiri.

Guna Blogspot Untuk Minisite Profesional dan Responsif


Saya ingin memperkenalkan kepada anda satu produk yang baru dilancarkan pada 15 August baru-baru ni oleh seorang usahawan internet yang berjaya dari Ipoh. Nama beliau ialah Boon Lee. Saya suka hasil kerja beliau terutama bab design grafik. Kebanyakan produk beliau memang superb. Antara produk lain yang saya gunakan adalah servis Autoresponder dari Emelmatik. Ini juga salah satu keperluan untuk berniaga online tetapi insyaallah saya akan kongsikan pada post yang lain kelak.

Saya menaip post ni bukan untuk berceloteh tentang Tuan Boon Lee tetapi saya cuma ingin  mencadangkan kepada anda agar dapat mencuba produk terbaru beliau iaitu Pakej Blogspot 2 Minisite versi 2.0 untuk website bisnes Tone Excel anda.

Apa Kelebihan Pakej Blogspot 2 Ministe versi 2.0 ni ?

Buat pengetahuan anda produk ini adalah versi naik taraf ataupun upgrade dari versi 1.0 dulu. Dah semestinyalah, versi terbaru ini adalah jauh lebih baik dari versi 1.0 dulu. Saya pernah membeli versi yang awal dan pada pandangan saya, yang itu pun dah saya anggap "power giler" ..inikan pula versi 2.0. Alhamdulillah pakej yang ni pun saya telah pun membelinya untuk perancangan projek saya yang akan datang.

Biar saya terangkan kepada anda apakah kelebihan Pakej Blogspot 2 Minisite ini sebelum anda buat keputusan untuk memilikinya. Saya  boleh bahagikan kepada 3 kelebihan utama.

  1. Jimat Kos

    Anda TAK PERLU membayar caj untuk Domain dan Hosting. Ini keraena anda menggunakan platform Blogspot. Seperti mana anda telah ketahui, blogspot adalah salah satu dari beratus produk keluaran Google. Anda hanya perlu daftar untuk mendapatkan akaun Google dan boleh terus enjoy dengan produk keluaran mereka.

    Jadi kos yang anda perlu laburkan hanyalah kos untuk pemasaran sahaja. Selepas ini anda boleh terus fokus untuk kerja-kerja promosi bisnes simkad Tone Excel kelak.

    2. Jimat Masa

    Pengalaman saya sendiri kononnya ingin mencari maklumat untuk cara bagaimana menukar blogspot kepada minisite yang sebenarnya banyak merugikan masa saya. Sampai sekarang saya hanya tahu tukar blogspot kepada minisite secara asas sahaja. Tetapi setelah wujud seorang pakar telah sediakan secara lengkap cara nak menukar blogspot kepada minisite, saya terus grab.

    Hanya dengan 4 langkah MUDAH sahaja, anda boleh siapkan minisite produk anda dalam masa 15 minit sahaja. Antara langkah-langkah yang anda boleh rujuk kelak adalah ...

    Langkah #1 : Create blog baru
    Daftar dan Login ke blogger.com. Create 1 blog baru. Pilih tetapan asas untuk bermula.
    Langkah #2 : Install kod template BS2MS V2.0
    Pilih 1 daripada 15 template yang disediakan dan ikuti arahan untuk cara nak install kod template ke blog anda.

    Langkah #3 : Pilih header
    Pilih 1 daripada 50 header yang disediakan atau anda upload header sendiri mengikut format yang ditetapkan.

    Langkah 4 : Masukkan sales letter
    Selepas template telah di-install, anda boleh mula mengarang/menulis salesletter di bahagian post dan publish selepas siap.


    3. Multi Website 

    Inilah kelebihannya jika anda menggunakan blogspot sebagai platform untuk bisnes anda. Anda boleh daftar seberapa banyak domain dari blogspot untuk produk-produk anda yang lain. Tiada had yang dikenakan kepada pengguna Google untuk daftar website yang baru. Ia terpulang kepada diri anda sendiri.


Testimoni Pembeli


Berikut adalah beberapa testimoni yang sempat saya ambil dari website jualan pakej Blogspot 2 Minisite sebagai rujukan anda.
 
"Wah memang saya tidak sangka dengan menggunakan produk BS2MS ini saya dapat hasilkan minisite yang sangat-sangat cantik bagi diri saya yang baru newbie...ia mengambil masa yang sangat singkat untuk install sistem ini....saya amat berpuas hati .ini baru yang percuma belum beli yang full pakej lagi...BS2MS terbaik bagi saya." ~ Firdaus Hassan
 
"Hi.. first thing first. i would like to thanks to u! :) before this, I was hardly searching minisite template for blogger so i gave up. But after i saw ur site, i was surprise that the minisite template for blogger is really exist! thanks to u! so let me share with u my work!" ~ Peter Quashkeen
 
 
"Sangat simple template ini. Hanya 15 minit saya berjaya hasilkan misite yang menarik. Rugi kepada yang masih belum mencuba. Terima kasih kepada Tuan Boon kerana memudahkan kerja saya memasarkan produk." ~ Nik
 
 
"Saya amat bersyukur sebab ade system macam ni, sangat mudah dan jimat, saya tak sabar nak beli yang full pakej berserta dengan domain name.. saya sarankan, kepada anda yang masih tak mampu nak buat website, buatlah dulu blog seperti ini.. Insya Allah nampak hasilnya" ~ Muhammad Akmal
 
 
 
 

Kesimpulan

Kepentingan memiliki website untuk bisnes pada zaman sekarang ini adalah satu perkara wajib ada ! Website sangat perlu bagi setiap peniaga, tidak kiralah anda menjual secara online ataupun offline. Sesiapapun peniaga yang mahu kekal dalam bisnes, website adalah sebagai satu syarat untuk anda sentiasa berada di dalam industri anda sendiri, khususnya anda yang melakukan bisnes Tone Excel sepenuh masa hanya di rumah menggunakan talian internet.

Cepat bertindak ! Saya berpendapat anda perlu bertindak sekarang untuk mendapatkan produk yang superb ni sebelum Tuan Boon Lee menaikkan harga. Beliau telah tetapkan untuk menaikkan harga produk ini setiap 50 pembeli. Batch by batch sehingga maximum RM109. Buat masa sekarang ni harga Pakej Blogspot 2 Minisite versi 2.0 ketika saya menulis post ini ialah sebanyak RM89.

Jika anda ingin mendapatkan pakej produk ini, sila TEKAN butang "Saya Nak" di bawah ini sekarang !


http://my.projualan.com/bs2ms/aawim

Nak Buat Bisnes Simkad Tone Excel PERLU Ada Website ke ?



Salam hormat kepada anda sebab sudi singgah blog saya ni. Semoga apa yang saya cuba kongsikan memberi manfaat kepada anda.

Saya selaku secara rasminya bergerak sebagai ejen pemasar simkad Tone Excel ingin mencadangkan kepada anda yang mempromosi simkad Tone Excel secara online PERLU memiliki website sendiri.

Saya berpendapat, mungkin disebabkan 2 faktor utama di bawah ini membuatkan anda memilih untuk promosi bisnes Tone Excel secara online.

i) Malu nak bersemuka dengan orang
ii) Bina empayar di seluruh Malaysia

Terdapat pelbagai golongan orang yang telah menyertai dan bergerak secara aktif mengembangkan bisnes Tone Excel. Ada dikalangan mereka yang cacat anggota badan seperti buta, pekak dan bisu, namun boleh berjaya menjana pendapatan pasif setiap bulan TANPA HENTI sehingga hari ini.

Sebenarnya TIADA alasan jika kita benar-benar ingin berjaya dalam bidang bisnes seperti ini.

Kenapa PERLU Ada Website ? 

Terdapat 4 keperluan asas dalam bidang perniagaan internet seperti mana yang telah dikongsikan oleh Dr Irfan Khairi (Jutawan Internet) di dalam blognya di sini. Jika anda telah membuat keputusan untuk mempromosi bisnes ini secara online, maka 4 perkara asas ini anda perlu sediakan.

1) Produk

Kadang-kadang kita berfikiran Tone Excel ini bukan satu cabang bisnes sebab TIADA produk untuk diniagakan. Kita berfikiran bahawa keperluan produk dalam bisnes mestilah yang benar-benar berbentuk fizikal. Produk itu haruslah yang boleh disentuh, diguna pakai dan seumpama dengannya.

Sebenarnya Tone Excel menawarkan satu peluang perniagaan yang berpotensi cukup besar untuk merealisasikan impian anda. Walaupun keluaran produk di Tone Excel hanyalah sekeping simkad TETAPI ia tetap satu produk yang anda perlu niagakan di internet.

Ini menunjukkan bahawa jika anda telah menyertai Tone Excel sekarang, produk yang perlu anda hebohkan kepada orang lain adalah sekeping simkad prepaid untuk semua pengguna handphone di Malaysia. Hakikat yang perlu ditanamkan dalam minda kita sekarang adalah, Tone Excel merupakan satu peluang bisnes yang menyediakan produk simkad prepaid untuk pengguna handphone.


2) Laman Web

Keperluan asas yang kedua adalah memiliki laman web ataupun website anda sendiri. Dalam perniagaan insuran sebagai contoh, ejen-ejen insuran lah yang menjadi juru cakap produk atau servis di syarikat insuran itu. Sama juga dengan website, ia umpama setiausaha anda yang bertugas 24 jam sehari 7 hari seminggu untuk menceritakan peluang bisnes ini kepada orang lain di seluruh dunia.

Anda boleh membuat pilihan untuk mendapatkan website secara berbayar ataupun secara percuma. Itu terpulang kepada anda !

Jika anda bercadang untuk mendapatkan website secara berbayar, saya sangat sarankan anda untuk berbuat demikian. Sebenarnya terdapat banyak kelebihan yang kita dapat JIKA kita memiliki website secara berbayar. Sebagai contoh laman web saya yang menceritkan tentang bisnes Tone Excel adalah di www.TuneTalk2u.biz

Anda juga mempunyai pilihan untuk memiliki website secara percuma TANPA PERLU membayar caj Domain dan Hosting setiap bulan. Anda boleh menggunakan medium percuma seperti blogspot untuk bisnes Tone Excel anda. Tetapi untuk menjadikan website blogspot ini menjadi seperti minisite yang nampak profesional anda boleh cuba satu Pakej Blogspot to Minisite yang dikeluarkan oleh seorang usahawan internet dari Ipoh bernama saudara Boon Lee.

Jika anda masih inginkan pilihan lain, anda boleh dapatkan laman web replika untuk bisnes Tone Excel anda secara percuma dari Tuan Mazelan Abas. Terdapat 2 website anda boleh dapatkan dan mula iklankan seperti mana di bawah ini !

a) www.toneexcel.biz
b) www.hasil100fb.com

3) Terima Bayaran

Laman web anda perlu boleh menerima bayaran. Sama ada menggunakan kad kredit, bank in dan cek. Ini sangat penting untuk memudahkan pelanggan membuat bayaran. Sebagai contoh yang saya gunakan dalam website saya adalah penyediaan borang di laman web untuk borang tempahan simkad Tone Excel di http://tunetalk2u.biz/order/.

Ada banyak cara percuma sekarang ni untuk cipta satu borang tempahan di laman web anda seperti mana Google Form sediakan. Anda search keyword tu dan mulakan borang tempahan anda sendiri.

Jika nak lebih mudah dah lebih profesional TAPI masih percuma, anda boleh cuba satu pakej produk Pakej Blogspot to Minisite seperti mana yang saya kongsikan di atas. Anda bukan sahaja dapat lebih 50 template minisite, malah dapat pulak sebagai bonus untuk borang tempahan bisnes anda.

Kalau anda nak dapatkan maklumat lanjut tentang pakej produk menukar Blogspot kepada Minisite, anda boleh layari www.my.projualan.com sekarang !

Zaman sekarang terdapat banyak usahawan internet telah sedar tentang pentingnya untuk menyenangkan cara menerima tempahan. Kalau cara terima bayara memudahkan dan menyenangkan pelanggan, jualan insya allah mudah terhasil.


4) Promosi

Bab promosi secara online ni saya tak dapat nak sentuh secara menyeluruh pada post kali ini. Buat pengetahuan anda, saya pernah kongsikan teknik extreme untuk melakukan promosi di Facebook menggunakan Group. Anda boleh baca post saya di sini kalau anda ada masa.

Secara alternatif untuk teknik promosi perniagaan internet anda, anda boleh praktikkan Teknik Duta Naga yang di asaskan oleh Tuan Fahmy Adam. Teknik ini juga banyak membantu saya dalam mempropmosikan bisnes Tone Excel saya. Jika anda ingin belajar rahsia yang diajarkan oleh teknik ini, anda boleh layari web blog am saya di sini.


Kesimpulan

PENTING ... untuk anda sebagai ejen pamasar simkad Tone Excel memiliki website anda sendiri, tidak kiralah secara berbayar ataupun secara percuma. Asalkan anda ada website bisnes anda, itu sudah cukup memadai. Setiap promosi yang anda buat di mana-mana sekalipun, letakkan link laman web anda agar mudah untuk prospek untuk baca portfolio dan maklumat bisnes anda.

Saya sarankan kepada anda agar mula dapatkan website untuk perniagaan anda, terutamanya website untuk bisnes Tone Excel anda. Jadikan bisnes anda bergerak 24 jam sehari dan 7 hari seminggu sebagai setiausaha anda bagi menerangkan bisnes anda.

Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat kepada anda. Sampai jumpa lagi pada post yang seterusnya. Insya Allah.


Sekian.

P/S : Anda ada Facebook ? Sudilah kiranya menambah saya sebagai rakan di www.fb.com/rietpg


Akhirnya Skim Takaful Menjadi Pilihan Istimewa Buat Pengguna Simkad Tune Talk...



Bermula dari tarikh 11 July 2016, nilai insuran kemalangan diri secara percuma diturunkan dari RM100,000 kepada RM50,000. Walaupun jumlah perlindungan diturunkan, sebagai pengguna Islam kita patut rasa bersyukur kerana Tune Talk telah menukar plan insuran daripada konvensional kepada plan takaful yang dikelolakan oleh Syarikat Etiqa Takaful.

Syarat yang dikenakan masih sama iaitu anda hanya perlu topup minimum RM50 sebulan untuk mendapat perlindungan RM50,000 secara percuma. Contohnya anda topup secara keseluruhan pada bulan Februari sebanyak RM50, maka perlindungan anda akan bermula pada bulan March. Perlindungan insuran ini bermula dan berakhir mengikut tarikh kalendar. (contoh: 1 March sehingga 31 March).

Pengguna Muslim


Sebelum penukaran plan perlindungan insuran kemalangan diri ini, sudah semestinya syarikat Tune Talk telah melakukan kaji selidik yang mendalam dan terancang. Satu gambaran secara rawak yang boleh kita kongsikan di sini adalah tentang bilangan pengguna simkad Tone Excel yang majoritinya dah semestinya pengguna muslim. 

Sebagai langkah untuk bersaing dengan syarikat yang menawarkan program seakan-akan sama dengan Tone Excel, perubahan seperti ini perlu dilakukan sebelum ramai pengguna simkad Tone Excel yang beragama Islam beralih kepada syarikat lain, terutama mereka yang mempersoalkan halal haram insuran konvensional.

Semak Status Kelayakan Insuran 

Bagi memudahkan pengesahan atau memeriksa status kelayakan perlindungan anda anda boleh layari laman web Tune Talk atau anda terus klik sini.

Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan atau nombor passport anda sebagai pengesahan. Seeloknya anda semak status kelayakan anda sekiranya anda telah belanja topup terkumpul pada bulan lepas melebihi atau sama dengan RM50.


Rujukan lain untuk anda :


Muat Turun Polisi  - DI SINI

Muat Turun Borang Penamaan Waris  - DI SINI

Muat Turun Borang Tuntutan  - DI SINI


Kesimpulan

Saya sebagai pengguna dan merangkap ejen pemasar simkad Tone Excel merasa sangat bertuah kerana plan perlindungan insuran secara percuma telah pun ditukar dari skim perlidungan konvensional kepada skim perlindungan takaful. Sesuatu yang baik dan menepati syariah, amat perlu bagi kita sebagai pengguna simkad Tone Excel menyokong usaha seperti ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda. Sekiranya anda ada sebarang kemusykilan, sila hubungi terus pejabat HQ Tone Excel di Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Sekian. Semoga berjumpa lagi. Insya Allah.