Tone Excel

Nak Buat Bisnes Simkad Tone Excel PERLU Ada Website ke ?



Salam hormat kepada anda sebab sudi singgah blog saya ni. Semoga apa yang saya cuba kongsikan memberi manfaat kepada anda.

Saya selaku secara rasminya bergerak sebagai ejen pemasar simkad Tone Excel ingin mencadangkan kepada anda yang mempromosi simkad Tone Excel secara online PERLU memiliki website sendiri.

Saya berpendapat, mungkin disebabkan 2 faktor utama di bawah ini membuatkan anda memilih untuk promosi bisnes Tone Excel secara online.

i) Malu nak bersemuka dengan orang
ii) Bina empayar di seluruh Malaysia

Terdapat pelbagai golongan orang yang telah menyertai dan bergerak secara aktif mengembangkan bisnes Tone Excel. Ada dikalangan mereka yang cacat anggota badan seperti buta, pekak dan bisu, namun boleh berjaya menjana pendapatan pasif setiap bulan TANPA HENTI sehingga hari ini.

Sebenarnya TIADA alasan jika kita benar-benar ingin berjaya dalam bidang bisnes seperti ini.

Kenapa PERLU Ada Website ? 

Terdapat 4 keperluan asas dalam bidang perniagaan internet seperti mana yang telah dikongsikan oleh Dr Irfan Khairi (Jutawan Internet) di dalam blognya di sini. Jika anda telah membuat keputusan untuk mempromosi bisnes ini secara online, maka 4 perkara asas ini anda perlu sediakan.

1) Produk

Kadang-kadang kita berfikiran Tone Excel ini bukan satu cabang bisnes sebab TIADA produk untuk diniagakan. Kita berfikiran bahawa keperluan produk dalam bisnes mestilah yang benar-benar berbentuk fizikal. Produk itu haruslah yang boleh disentuh, diguna pakai dan seumpama dengannya.

Sebenarnya Tone Excel menawarkan satu peluang perniagaan yang berpotensi cukup besar untuk merealisasikan impian anda. Walaupun keluaran produk di Tone Excel hanyalah sekeping simkad TETAPI ia tetap satu produk yang anda perlu niagakan di internet.

Ini menunjukkan bahawa jika anda telah menyertai Tone Excel sekarang, produk yang perlu anda hebohkan kepada orang lain adalah sekeping simkad prepaid untuk semua pengguna handphone di Malaysia. Hakikat yang perlu ditanamkan dalam minda kita sekarang adalah, Tone Excel merupakan satu peluang bisnes yang menyediakan produk simkad prepaid untuk pengguna handphone.


2) Laman Web

Keperluan asas yang kedua adalah memiliki laman web ataupun website anda sendiri. Dalam perniagaan insuran sebagai contoh, ejen-ejen insuran lah yang menjadi juru cakap produk atau servis di syarikat insuran itu. Sama juga dengan website, ia umpama setiausaha anda yang bertugas 24 jam sehari 7 hari seminggu untuk menceritakan peluang bisnes ini kepada orang lain di seluruh dunia.

Anda boleh membuat pilihan untuk mendapatkan website secara berbayar ataupun secara percuma. Itu terpulang kepada anda !

Jika anda bercadang untuk mendapatkan website secara berbayar, saya sangat sarankan anda untuk berbuat demikian. Sebenarnya terdapat banyak kelebihan yang kita dapat JIKA kita memiliki website secara berbayar. Sebagai contoh laman web saya yang menceritkan tentang bisnes Tone Excel adalah di www.TuneTalk2u.biz

Anda juga mempunyai pilihan untuk memiliki website secara percuma TANPA PERLU membayar caj Domain dan Hosting setiap bulan. Anda boleh menggunakan medium percuma seperti blogspot untuk bisnes Tone Excel anda. Tetapi untuk menjadikan website blogspot ini menjadi seperti minisite yang nampak profesional anda boleh cuba satu Pakej Blogspot to Minisite yang dikeluarkan oleh seorang usahawan internet dari Ipoh bernama saudara Boon Lee.

Jika anda masih inginkan pilihan lain, anda boleh dapatkan laman web replika untuk bisnes Tone Excel anda secara percuma dari Tuan Mazelan Abas. Terdapat 2 website anda boleh dapatkan dan mula iklankan seperti mana di bawah ini !

a) www.toneexcel.biz
b) www.hasil100fb.com

3) Terima Bayaran

Laman web anda perlu boleh menerima bayaran. Sama ada menggunakan kad kredit, bank in dan cek. Ini sangat penting untuk memudahkan pelanggan membuat bayaran. Sebagai contoh yang saya gunakan dalam website saya adalah penyediaan borang di laman web untuk borang tempahan simkad Tone Excel di http://tunetalk2u.biz/order/.

Ada banyak cara percuma sekarang ni untuk cipta satu borang tempahan di laman web anda seperti mana Google Form sediakan. Anda search keyword tu dan mulakan borang tempahan anda sendiri.

Jika nak lebih mudah dah lebih profesional TAPI masih percuma, anda boleh cuba satu pakej produk Pakej Blogspot to Minisite seperti mana yang saya kongsikan di atas. Anda bukan sahaja dapat lebih 50 template minisite, malah dapat pulak sebagai bonus untuk borang tempahan bisnes anda.

Kalau anda nak dapatkan maklumat lanjut tentang pakej produk menukar Blogspot kepada Minisite, anda boleh layari www.my.projualan.com sekarang !

Zaman sekarang terdapat banyak usahawan internet telah sedar tentang pentingnya untuk menyenangkan cara menerima tempahan. Kalau cara terima bayara memudahkan dan menyenangkan pelanggan, jualan insya allah mudah terhasil.


4) Promosi

Bab promosi secara online ni saya tak dapat nak sentuh secara menyeluruh pada post kali ini. Buat pengetahuan anda, saya pernah kongsikan teknik extreme untuk melakukan promosi di Facebook menggunakan Group. Anda boleh baca post saya di sini kalau anda ada masa.

Secara alternatif untuk teknik promosi perniagaan internet anda, anda boleh praktikkan Teknik Duta Naga yang di asaskan oleh Tuan Fahmy Adam. Teknik ini juga banyak membantu saya dalam mempropmosikan bisnes Tone Excel saya. Jika anda ingin belajar rahsia yang diajarkan oleh teknik ini, anda boleh layari web blog am saya di sini.


Kesimpulan

PENTING ... untuk anda sebagai ejen pamasar simkad Tone Excel memiliki website anda sendiri, tidak kiralah secara berbayar ataupun secara percuma. Asalkan anda ada website bisnes anda, itu sudah cukup memadai. Setiap promosi yang anda buat di mana-mana sekalipun, letakkan link laman web anda agar mudah untuk prospek untuk baca portfolio dan maklumat bisnes anda.

Saya sarankan kepada anda agar mula dapatkan website untuk perniagaan anda, terutamanya website untuk bisnes Tone Excel anda. Jadikan bisnes anda bergerak 24 jam sehari dan 7 hari seminggu sebagai setiausaha anda bagi menerangkan bisnes anda.

Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat kepada anda. Sampai jumpa lagi pada post yang seterusnya. Insya Allah.


Sekian.

P/S : Anda ada Facebook ? Sudilah kiranya menambah saya sebagai rakan di www.fb.com/rietpg


Post a Comment

© Tone Excel