Tone Excel

Nak FOKUS Bisnes Simkad Tone Excel ? Amalkan 4 Makanan nie !


Ramai ejen pemasar simkad Tone Excel menghadapi masalah untuk fokus dalam aktiviti mempromosi dan pemasaran. Sebenarnya aktiviti ini perlu dilakukan secara konsisten seperti mana Tuan Mazelan Abas pernah lakukan sehingga sekarang menjana pendapatan pasif setiap bulan RM1,000,0000 sebulan. Saya percaya pendapatan beliau semakin bertambah.

Saya juga menghadapi masalah ini sehingga hari ini.

Sedikit perkongsian tentang tip bagaimana nak fokus bisnes simkad Tone Excel melalui pemilihan pemakanan. Tip ini saya dapat dari website EatingWell.com. Saya baru tahu faktor pemakanan juga boleh membantu meningkatkan daya fokus kita sebenarnya.

4 Pemakanan Boleh Bantu Kita Fokus

Makan 4 jenis makanan yang dicadangkan ini boleh menajamkan fokus anda. Jika selama ini anda berpendapat penurunan kadar kognitif bermula pada usia 60 tahun, anda harus fikirkan semula.

Menurut kajian dari British Medical Journal menunjukkan kadar penurunan kognitif yang menyebabkan penyakit mudah lupa akan mula memberi kesan seusia awal 45 tahun ! Berikan 4 jenis makanan ini untuk badan anda demi meningkatkan kadar kognitif anda.

( —Kerri-Ann Jennings, M.S., R.D. Former Associate Nutrition Editor for EatingWell Magazine )

1) Tumbuhan Hijau


Perbanyakkan makan sayur-sayuran berwarna hijau boleh meningkatkan daya fokus seseorang.  Kajian Neurology yang pernah dibuat pada tahun 2006 menunjukkan seseorang yang makan 2 atau lebih hidangan sayur-sayuran sehari , terutamanya sayur-sayuran berwarna hijau mampu meningkatkan daya fokus sama seperti usianya 5 tahun yang lepas.

Keraplah makan salad ketika makan tengah hari dan tumis bayam untuk makan malam anda. Itu beberapa cadangan yang diberikan. Apa yang penting jangan tinggal memakan sayur-sayuran hijau demi meningkatkan day fokus anda.


2) Bijiran Penuh

Kajian telah dilakukan membuktikan bahawa sarapan dengan bijiran penuh boleh menajamkan daya fokus anda berbanding makan sarapan makanan berunsurkan karbohidrat atau tak sarapan langsung.

Anda boleh cuba 2 menu ini, bijiran gandum dengan susu atau telur bersama roti bakar.


3)  Kopi

Agak mengejutkan sebenarnya apabila kopi boleh menajamkan fokus kita. Tetapi tahukah anda kopi memberi kesan yang berbeza diantara lelaki dan wanita ? Menurut kajian yang telah dilakukan oleh University of Barcelona lelaki akan lebih alert atau lebih fokus setelah meminum minuman berunsur kafein berbanding wanita.

Melalui kajian itu juga lelaki akan merasa kurang mengantuk selepas 10 minit meminum kopi dan mengalami rangsangan minda dalam masa setengah jam. Wanita juga mendapat rangsangan minda setelah meminum minuman kafein tetapi kesankan sedikit berbeza berbanding lelaki.

Amalkan meminum kopi untuk meningkatkan daya fokus anda !


4) Gum

Bukan gam yang penagih gam hidu-hidu tu yer ! Dalam bahasa omputeh orang panggil Chewing Gum atau gula-gula getah boleh kunyah. Secara teknikalnya, gum bukanlah sejenis makanan tetapi menurut kajian yang telah dibuat pada tahun 2011 mendapati sesiapa yang menguyah gum ketika melakukan tugas dalam keadaan tertekan akan menjadi lebih berjaga-jaga berbanding mereka yang tidak mengunyah gum.

Lebih baik kita mengunyah gum daripada tidak mengunyah langsung ketika melakukan prospekting secara online di Facebook demi mengembangkan bisnes simkad Tone Excel anda !


Semoga perkongsian post ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan daya fokus anda untuk semua kerja-kerja anda, tak kiralah apa jua pun. Jangan hilangkan fokus utama anda untuk mengembangkan Level 1 anda kepada sasaran sekurang-sekurangnya 400 orang seperti mana Tuan Mazelan Abas telah buat dan cadangkan !


Selamat maju jaya. Sekian. Terima kasih.

Post a Comment

© Tone Excel