Tone Excel

Applikasi Android Tone Group Telah Lancar



Kemudahan teknologi yang ada sekarang sangat memudahkan. Hanya menggunakan smart phone sahaja kita boleh melakukan apa sahaja, bila-bila masa dan di mana sahaja. Majoriti pengguna smart phone TIDAK MAHU ketinggalan dengan arus teknologi yang semakin lama semakin canggih, cepat dan pantas. Pendek kata...kalau kita lambat bertindak, kita akan ketinggalan.

Applikasi Android Khas Pemasar Simkad Tone Excel dan Tone Plus


Tone Group telah bertindak pantas dengan menyediakan applikasi Android untuk pengguna simkad Tone Excel dan Tone Plus khasnya. Pengguna simkad Tone Excel seperti saya cukup berbangga kerana pihak syarikat sanggup melabur wang yang besar untuk membangunkan applikasi ini.



Semua maklumat lengkap tentang profile agen, perkembangan network, komisen dan sebagainya MUDAH dilihat serta mesra pengguna (friendly user). 

Anda nak download applikasi android Tone Group di Google Play, sila KLIK DI SINI !

Pendaftaran Pertama

Bagi anda yang baru pertama kali ingin menggunakan applikasi ini, anda perlu melakukan pendaftaran dengan cara menekan butang Register. Kemudian applikasi ini akan menghantar kod khas untuk pengesahan melalui nombor handphone yang telah didaftar. Setelah anda berjaya memasukkan kod khas yang bernama OTP ( One Time Password ), skrin akan paparkan maklumat profil anda. Ini menunjukkan proses pendaftaran anda berjaya untuk terus menggunakan applikasi Android Tone Group ini.

Oh yerr....Password yang anda perlu login nanti adalah password yang anda gunakan di website Tone Excel ataupun Tone Plus. Anda boleh menukar password yang terbaru jika anda mahu pada bila-bila masa sahaja.

Proses Peningkatan Mengikut Permintaan

Anda tidak perlu berasa gusar jika setelah anda login applikasi tersebut mungkin ada beberapa kekurangan dari segi menu pilihan. Sebenarnya pihak Tone Group sedang melakukan beberapa siri penambahbaikan applikasi ini demi kebaikan agen simkad terutamanya pada masa akan datang. Anda boleh baca beberapa komen serta timbal balas dari syarikat Tone Group melalui applikasi ini ataupun sekiranya anda ada cadangan untuk kebaikan bersama juga boleh terus email ke hq.care@tonegroup.net.

Saya yakin pada setiap usaha yang dilakukan oleh Syarikat Tone Group adalah demi kebaikan ahlinya dan semestinya mereka akan memberi yang terbaik untuk kita semua. Sebagai agen pemasar simkad Tone Excel iaitu anda dan saya perlu menyokong usaha ini untuk menjadi lebih baik dan seterusnya mempercepatkan lagi perkembangan syarikat supaya terus dikenali sehingga ke luar negara kelak.

Kesimpulan

Kewujudan applikasi Android Tone Group untuk agen pemasar simkad ini mampu melicinkan proses pengurusan dan memudahkan untuk melakukan pendaftaran ahli baru ke dalam kumpulan network mereka secara online sahaja. Kerja anda menjadi mudah dan menyenangkan. Saya yakin ia akan bertambah mudah untuk kembangkan lagi network dan tidak mustahil ia boleh berlaku dalam masa yang cukup singkat. Insyaallah.

Jika anda yang masih tercari-cari bisnes apakah yang menjanjikan pendapatan pasif walaupun hanya menggunakan handphone, saya cadangkan anda sertai bisnes Tone Excel sekarang. Hanya tukar simkad, insyaallah ia bakal tukar corak kehidupan anda kerana potensinya yang cukup besar.

Sekian dulu perkongsian saya pada kali ini. Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda. 

Jumpa lagi. Insyaallah.

  

Post a Comment

© Tone Excel