Tone Excel - Idea Bisnes Tengah Ekonomi Gawat Ini Hanyalah Pilihan

"Apakah bisnes yang sesuai, tengah ekonomi gawat nie yer ?"


Anda pasti tertanya-tanya, bisnes apa yang aku nak buat yer ? Ekonomi pun tak berapa nak cantik ni, agak-agak bisnes apa yang modal yang kecil tapi keuntungannya besar.

Memang zaman ekonomi Malaysia TAK BERAPA nak baik dengan nilai mata wang RM (Ringgit Malaysia) yang terus tinggi berbanding USD (United State Dollar) menjadikan ramai yang tercari-cari bisnes alternatif apa yang boleh dijadikan 'bakcup plan' sekiranya sesuatu terjadi dengan kerja tetap yang sedang kita lakukan sekarang.



Pekerja Makan Gaji Patut Risau


Disebabkan ekonomi yang TIDAK berapa baik kini menjadikan banyak syarikat daripada sektor industri sedang mula mengurangkan kos operasi. Ini bertujuan untuk meningkatkan daya saing dalam pasaran mereka. 

Kita tidak boleh salahkan majikan kita disebabkan masalah kurang pekerja, kurang overtime, gaji dipotong, VSS dan sebagainya sebab mereka menjalankan bisnes. Hanya syarikat yang melakukan langkah drastik mampu bertahan dan merancang kestabilan ekonomi bisnes mereka sendiri.

Saya sebagai pekerja dalam bidang industri sedikit sebanyak turut merasa bimbing tentang keadaan ini. Saya turut ingin menasihatkan anda agar merancang apakah 'plan B' anda sebagai 'back up plan' bagi meneruskan kehidupan yang akan datang.


Ambil Berat Tentang Keluarga


Anak semakin membesar menyebabkan kita perlu 'do something' untuk kebaikan anak. Kalau kita fikirkan isi perut sendiri mungkin kita tak ambil kisah dengan apa yang berlaku sekarang. Kita tidak kisah tentang yuran sekolah, makan dan pakaian anak, kehendak dia dan lain-lain. Bahaya jika masih fikiran seperti ini.

Saya berkongsi post ini untuk bercakap dari sudut pandangan sebagai ketua keluarga. Kita sepatutnya memberi yang terbaik buat isteri dan anak-anak kita. Realisasikan impian mereka dan kerja kita sebagai ketua keluarga untuk menyediakan semuanya sedaya mampu yang ada.

Kita tidak boleh mendabik dada mengharapkan sumber pendapatan dari makan gaji semata-mata. Jika kita sihat gaji kita tinggi dan jika kita tidak sihat gaji kita cukup menghampakan.


Bisnes Modal Kecil Untung Besar


Cadangan melakukan bisnes adalah cara terbaik untuk jalan alternatif sebagai 'back up plan' kita. Cuba kita tanya dikalangan rakan baik kita, apakah cadangan mereka untuk menambah pendapatan yang sedia ada sekarang. Sudah semestinya mereka akan menjawab buat bisnes.

Kemudian soalan yang akan menyusul adalah...Bisnes Apa ?

Inilah yang selalu membelengu hati dan perasaan mereka yang sedang makan gaji. Mungkin juga ia berlaku pada diri anda sendiri.

Saya boleh cadangkan beberapa bisnes yang bermodalkan kecil tetapi mempunyai untung besar.


4 Cadangan Bisnes Modal Kecil Untung Besar


1) Sertai Program Affiliate

Inilah cara pertama saya menjana wang dari rumah sehingga kini.  Ia adalah sangat mudah! Sebagai affiliate ataupun digelar agen affiliate anda perlu merujuk bakal pembeli anda ke pelbagai laman web jualan, dan apabila anda berjaya mendapat jualan, anda akan mendapat komisen.

Anda adalah orang tengah (middleman) supaya anda tidak perlu melakukan perkhidmatan pelanggan, mengambil pesanan, dan lain-lain Syarikat-syarikat yang bakal anda sertai kelak akan menawarkan anda satu link tracking untuk digunakan bagi menghubungkan laman web anda. Inilah cara bagaimana penyedia program menjejaki jumlah jualan anda kelak.

Hampir semua program affiliate adalah percuma untuk anda turut serta. Kebiasannya anda hanya perlu mengisi borang pendaftaran dan syarikat penyedia program affiliate akan menghantar pautan untuk digunakan sebagai aktiviti promosi.

Kuncinya adalah untuk memilih satu topik yang anda suka (hobi, minat, topik, dan lain-lain) dan membina sebuah laman informasi seperti blog yang kaya dengan konten bernilai tinggi.

Berikut adalah satu contoh. Katakanlah anda suka memancing. Anda boleh membuat laman web yang "bagaimana" memancing dan menawarkan segala tips serta teknik yang diperlukan untuk menjadi seorang pemancing yang berjaya.

Saya boleh cadangkan kepada anda 1 syarikat besar yang menyediakan program affiliate yang membayar pada masa yang ditetapkan sejurus anda berjaya mendapat jualan adalah KlikJer.



2) Jual E-Book Anda Sendiri

E-book (nama singkatan bagi Electronic Buku) adalah produk digital yang boleh dipindahkan atau dimuat turun melalui Internet secara mudah.

Anda TIDAK perlu risau tentang kehabisan kehabisan produk kerana format digital seperti e-book memberi ganjaran maximum tanpa terhad bagi produk anda!

Kebanyakan usahawan Internet, menjual e-book mereka sendiri kerana ia lebih mudah untuk diuruskan. Anda TIDAK perlu menghantar produk. Pelanggan boleh terus memuat turun produk  ini dengan serta-merta selepas berjaya membuat pembayaran, ataupun dihantar pautan muat turun melalui e-mel.

E-book adalah produk digital yang paling banyak dijual di Internet. Mereka sering dibuat dengan perisian seperti Adobe Profesional (PDF) dan kemudian memuat naik ke internet dengan mudah.

Kebiasaanya pakar usahawan yang hanya menfokuskan kepada jualan e-book, menganggap diri mereka sebagai penyelesai masalah seseorang. Mereka akan mencari apakah masalah utama dalam sesuatu niche ataupun bidang kemudian menulis cara-cara untuk selesaikan masalah mereka melalui E-Book.

Jika anda ingin tahu cara bagaimana mencipta dan jual ebook pertama anda, mungkin panduan dalam web ini membantu anda. Untuk maklumat lebih lengkap, sila ke laman web ini www.penulisebook.com


3) Program WOW Tone Excel

Ini adalah salah satu program membuat duit memberi tawaran paling gila dan saya pun teruja ingin berkongsi kepada anda. Bisnes paling sempoi pada abad ini iaitu bisnes telekomunikasi WOW Tone Excel. Program ini menawarkan pendapatan seumur hidup atau pencen ataupun nak mudah faham pendapatan pasif. 

Jika anda ingin saya syorkan anda bisnes yang modal kecil tapi untung BESAR, program Tone Excel adalah yang paling sesuai. 

Nak tahu sesuai atau tidak bisnes ini kepada anda, sila dapatkan maklumat paling WIN kat www.toneexcel.biz (website milik jutawan Tone Excel iaitu Tuan Mazelan Abas). Maklumat paling lengkap jika anda ingin memulakan bisnes ini ada di website tersebut. Sila layari sekarang !


4) Dropshipping

Dropshipping adalah proses di mana anda tidak perlu meyimpan stok, tetapi sebaliknya memindahkan pesanan pelanggan dan maklumat penghantaran terus kepada pemborong. Kemudian pemborong akan menghantar barangan terus kepada pelanggan.

Jadi katakanlah anda ingin menjual beg tangan daripada syarikat ZALORA. Anda akan membeli produk pada harga borong, kemudian perlu membayar kepada kastam, pengilang dan pengangkutan sebelum terus kepada pelanggan. Untuk dropshipping anda tak perlu melakukan semua perkara di atas. Tugas anda hanya perlu melakukan promosi dan setiap closing sale yang anda dapat lakukan, anda akan dibayar.

Contoh penyedia peluang dropship terkenal peringkat tempatan yang anda boleh turut serta adalah seperti EdyMall. Anda boleh cuba jana wang dirumah melalui cara dropship dan tak perlu pening-pening memikirkan hal-hal pengurusan besar yang lain.


Kesimpulan


Cukup banyak peluang membuat duit di internet sebenarnya. Idea bisnes yang saya cadangkan di atas hanyalah sebilangan kecil daripada beribu-ribu peluang yang anda. Jika kita faham bagaimana cara pemasaran itu dilakukan, insyaallah kita mampu menjual apa sahaja secara online.

Apa yang penting 'back up plan' kita, iaitu bagaimana menambah pendapatan yang kita ada sekarang. Semuanya terletak kepada diri kita. Kita yang membuat pilihan. Kita yang menentukan hala tuju hidup kita. Jika kita masih mempunyai impian yang besar, kita harus fikirkan sesuatu untuk 'exit plan' pulak. Siapa tahu kita boleh menjadi seperti Tuan Mazelan Abas

Oklah tuan-tuan dan puan-puan, sampai di sini dulu perkongsian saya. Semoga bermanfaat.

Sekian. Terima kasih.


EmoticonEmoticon