Cara Promosi Simkad Tone Excel



Ramai ejen simkad Tone Excel yang baru berkecimpung dalam bisnes ini akan rungsing bab cara promosi simkad Tone Excel.

Anda mungkin agak baru berkecimpung dalam bisnes telekomunikasi ini dah tak tahu bagaimana ingin bercerita kepada orang lain tentang keunikan bisnes Tone Excel ini. 

Mungkin sebelum ini anda diantara kalangan mereka yang hanya menjadi pengguna setia simkad sahaja tetapi setelah anda melihat plan pemasaran bisnes ini anda mula teruja dan anda ingin tahu pula bagaimana cara untuk mempromosikan bisnes Tone Excel.

Jika anda masih belum mengenali apakah kelebihan yang ada dalam bisnes Tone Excel ini, anda boleh lihat video tentang 17 kelebihan simkad Toneexcel yang saya telah buatkan untuk kefahaman anda.


3 Golongan Prospek Untuk Kita Promosi Simkad Tone Excel


Apa yang saya kongsikan hanyalah sebagai idea pilihan sahaja. Ia terpulang kepada diri anda untuk mempraktikkannya. Diantara 3 golongan prospek untuk kita sasarkan.


1) Ahli Keluarga

Ini adalah golongan pertama menjadi tumpuan anda. Tidak kiralah siapa sahaja dikalangan ahli keluarga anda PASTI menggunakan handphone kan ? 

Anda pergi ke majlis kenduri, jamuan hari raya, majlis doa selamat dan seumpamanya pasti anda melihat setiap daripada mereka memiliki handphone. Jika kita berbual bersama ahli keluarga jarang kita ingin berbual tentang cara bagaimana nak tingkatkan ekonomi rumah tangga.

Apa salahnya jika kita berbual tentang cara buat duit dengan handphone pula. Mulakan dengan penerangan tentang kelebihan Toneexcel yang diperolehi jika kita bertukar dari simkad lama kepada simkad yang baru ini.

Jangan mulakan cerita tentang plan pemasaran atau cara bagaimana Tone Excel berikan duit  kecuali mereka telah mula berminat. Ceritakan lebih dahulu kelebihan dan keunikan yang disediakan oleh Tone Group kepada pengguna simkad Tune Talk berbanding pengguna simkad yang biasa.

Semestinya akan ada "OBJECTION" ataupun bantahan kerana mereka tidak setuju dengan penerangan kita. Apa yang kita perlu fahamkan kepada mereka adalah apa yang kita telah dapat dalam Tone Excel setelah bertukar kepada simkad ini.

Saya yakin anda pasti boleh lakukannya kerana anda lebih mengenali ahli keluarga anda sendiri. Apa yang penting, anda 'master' kan kelebihan yang disediakan oleh Tone Excel dan sejauh mana bisnes ini boleh pergi.



2) Sahabat Handai

Cuba anda senaraikan siapakah sahabat anda yang anda dalam handphone anda. Anda boleh senaraikan sahabat yang anda kenali ketika sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan universiti suatu ketika dahulu.

Anda tulis nama dan nombor handphone mereka satu persatu dan anda lihat sebenarnya ramai sahabat kita yang berpotensi untuk kita berkongsi peluang bisnes ini.

Saya suka memberi penekanan untuk kongsikan faedah terlebih dahulu jika menggunakan simkad Tone Excel kepada sahabat-sahabat saya. Contoh soalan permulaan yang biasanya saya akan tanya kepada mereka ialah "Kalau ada simkad boleh menjimatkan duit kau beratus-ratus ringgit, kau nak tahu tak ?"

Jika mereka memberi respon seperti tak pernah tahu tentang apa-apa peluang tentang bisnes ini, anda boleh terus ceritakan kelebihan-kelebihan yang ada dalam simkad Tone Excel kepada mereka.

Jika mereka kata " Aku tahu nie...mesti simkad Tone Excel kan ?"

Jawab kepada mereka " Ya...betul. Macam mana kau tahu ? "

Tunggu jawapan mereka. Saya cadangkan kepada anda untuk lebih banyak menjawab dalam bentuk soalan bagi setiap pertanyaan. Jika mereka lebih banyak membangkang setiap apa yang kita katakan, anda membalas "YA" dengan mengangguk kepala sahaja. Anda dengarkan dahulu apa yang mereka katakan sehingga mereka diam.

Anda dengar pendapat mereka jangan sampai moral anda "down' ataupun hilang semangat nak berkongsi faedah simkad Tone Excel. Objektif anda hanyalah satu sahaja iaitu supaya dapat kongsikan kelebihan-kelebihan simkad Tone Excel kepada mereka. Keputusan biar mereka yang lakukan.



3) Stranger / Kenalan

Golongan ini adalah golongan yang lebih senang untuk kita promosikan simkad Tone Excel. Buat pengetahuan anda kebanyakan mereka yang berjaya dalam Tone Excel adalah mereka yang mempunyai rakan network yang tidak dikenali ataupun 'stranger' daripada 2 golongan yang saya kongsikan di atas.

Sebagai contoh yang saya boleh berikan adalah ejen pemasar simkad Tone Excel bernama Tuan Mazelan Abas. Kebanyakan ahli network beliau adalah dikalangan mereka yang beliau sendiri tidak kenal.

Tetapi kejayaan beliau yang sangat memberangsangkan serta mengujakan, membuktikan bisnes sen-sen boleh menjana lebih RM1 juta sebulan kini. Adakah ini mustahil bagi anda ?

Saya sarankan anda belajar cara mempromosi simkad Tone Excel daripada Tuan Mazelan Abas jika anda sekarang tercari-cari idea untuk bab pemasaran simkad Tone Excel. Sekiranya anda ingin tahu cara mempromosi cara Tuan Mazelan Abas, anda boleh layari www.toneexcel.biz sebagai rujukan.

Anda juga boleh layari laman web yang saya baru lancarkan sebagai pilihan untuk video tutorial bagaimana mempromosi simkad Tone Excel secara online di www.video-toneexcel.blogspot.my bila-bila masa anda suka.

Oklah rakan pengunjung sekalian, cukup setakat ini sahaja perkongsian saya untuk post hari ini. In sya Allah jika diberikan kesihatan serta umur yang panjang saya akan berkongsi tip-tip yang power untuk mempromosi simkad Tone Excel.

Sampai jumpa lagi di post yang lain yer !.

Sekian. Terima kasih.


P/S : Sila SHARE post ini di Facebook anda jika artikel ini berpotensi memberi manfaat kepada rakan FB anda juga !






EmoticonEmoticon