Video Latihan Tone Excel - Khas Untuk Ejen Simkad Tone Group

Alhamdulillah saya diberikan satu idea untuk membantu sesiapa sahaja ejen pemasar simkad Tone Excel atau Tone Plus untuk belajar cara-cara melakukan promosi secara online. 

Website video ini saya sediakan khas kepada mereka yang suka melakukan promosi secara online untuk memasarkan simkad berbayar dan pasif dari Tone Excel.

Usaha kecil ini mungkin bakal menguatkan keyakinan anda tentang bisnes Tone Excel dan tidak mustahil anda juga boleh lakukan JIKA anda ikuti setiap siri video latihan yang bakal diajarkan kelak.



Gambar di atas adalah muka hadapan video latihan berbentuk tutorial di website yang saya telah sediakan. Anda boleh terus pergi ke www.video-toneexcel.blogspot.com untuk dapat gambaran lebih jelas.


Video Latihan Tone Excel daripada Sifu Mazelan Abas


Buat pengetahuan anda, kebanyakan video dalam website latihan Tone Excel ini adalah bersumber daripada apa yang diajar oleh Sifu Mazelan Abas. Siapa yang tak kenal dengan beliau kan ! Tidak kiralah anda seorang ejen pemasar simkad ataupun internet marketer, pasti anda kenal dengan beliau.

Kejayaan beliau selama hampir 7 tahun (ketika blog ini ditulis) adalah satu tempoh yang beliau sendiri TAK JANGKA akan mencapai sasaran ataupun target menjana pendapatan 7 angka setiap sebulan dalam bisnes Tone Excel.

Mengikut apa yang beliau kongsikan dalam Facebook beliau sendiri, target pendapatan yang beliau nikmati kini tercapai awal setahun dan ia cukup mengujakan diri saya sendiri sebenarnya.

Kejayaan beliau kini dengan hanya memasarkan bisnes simkad Tone Excel secara online telah membuktikan sesiapa sahaja mampu melakukannya JIKA ada kemahuan. Asalkan anda tahu menggunakan komputer untuk melayari internet, anda boleh melakukannya !


Kesimpulan


Akhir kata daripada saya, semoga apa jua yang saya telah kongsikan dalam blog ini bakal membakar semangat anda dan diri saya terutamanya untuk mengubah corak hidup dari berhutang kepada bebas hutang pada satu masa kelak melalui bisnes Tone Excel. Sekian.

Semoga berjumpa lagi untuk siri post yang lain jika dipanjangkan usia serta dikurniakan kesihatan. In sya Allah. Sekian.


EmoticonEmoticon