Tone Excel

Adakah Sijil Patuh Syariah Menjadi Punca Semakin Ramai Pengguna Handphone Menyertai Bisnes Tone Excel ?



Pernah suatu ketika dahulu ketika Tone Excel di tuduh sebagai satu program yang diragui status kehalalan. Terutamanya apabila isu riba, gharar dan maisir yang dilarang keras oleh syarak dibangkitkan oleh Ustaz Lariba pada tahun 2016.

Mungkin ada juga kebaikan dan keburukannya setiap pertuduhan yang dibangkitkan oleh Ustaz Lariba ni. Disebabkan isu sijil patuh syariah bisnes Tone Excel yang suatu ketika dulu pernah dibangkitkan menyebabkan sedikit sebanyak memberi kesan kepada jualan syarikat Tone Group.

Tetapi pihak Tone Group tidak berdiam begitu sahaja, mereka telah mengambil langkah-langkah pembaikan dan menerima teguran yang diberikan kepada mereka.

Pada pandangan peribadi saya, bisnes ini tidak menjanjikan bulan atau bintang setelah modal permulaan yang dibayar oleh setiap pengguna simkad Tone Excel. Kejayaan bisnes ini bergantung kepada usaha pengguna yang juga merangkap ejen pemasaran bisnes simkad ini sendiri.

Jika anda rajin berusaha mengembangkan network anda maka banyaklah pendapatan yang akan anda perolehi....tetapi andai kata anda malas berusaha (minta maaf) jangan harap anda akan mendapat pendapatan.

Sebenarnya saya juga tertarik dengan artikel yang ditulis oleh penulis blog tegar iaitu saudara Sabree Hussin diblog rasminya yang bertajuk Adakah Bisnes Tone Excel Patuh Syariah?

Artikel beliau banyak merujuk kepada buku yang ditulis oleh pakar ilmuan ekonomi Islam yang cukup terkenal di tanah air kita iaitu Dr Zaharuddin Abdul Rahman yang bertajuk "WANG, ANDA dan ISLAM" dan beliau telah merumuskan 8 faktor yang menjadikan bisnes Tone Excel telah pun patuh syariah pada dasarnya. Hanya disebabkan Tone Excel di mana ketika itu belum memiliki sijil patuh syariah menyebabkan tercetusnya sedikit keraguan bagi sesetengah pengguna simkad Tone Excel terutamanya pengguna Islam.

Sijil Patuh Syariah Bisnes Tone Excel

Kredit gambar : GajiMasyuk.com


Gambar di atas adalah gambar sijil yang saya ambil terus di website Tone Group. Anda boleh sahkan betulkah gambar sijil yang saya kongsikan ni - DI SINI!

Jika selama ini anda mempertikaikan Bisnes Tone Excel ni ada sijil patuh syariah ke ? Siapa panel syariah Tone Excel ?

Maka terjawablah segala persoalannya selama ini dan anda perlu yakin bahawa bisnes telekomunikasi simkad Tone Excel ini adalah halal dari sudut syarak insyaallah.

Saya yakin sekarang ini pun masih ada suara sumbang yang tidak bertanggungjawab untuk menidakkan perkara ini. Tetapi saya yakin syarikat Tone Excel tidak akan melayan suara sumbang yang ingin menjatuhkan 'periuk nasi' sebahagian besar pengguna simkad Tone Excel di Malaysia. 

Mereka yang sedang menerima komisen setiap bulan TANPA HENTI hasil daripada usaha bersungguh-sungguh mereka yang telah menaikkan jenama Tone Excel, tiba-tiba dijatuhkan oleh manusia yang ada perasaan dengki yang ingin melihat bangsa sendiri terutamanya Melayu Islam ini jatuh.

Saya harap kita sebagai pengguna Islam amnya, jangan ada sifat demikian. Itu harapan utama saya.

Jika anda sebagai pengguna simkad Tone Excel serta aktif menjana komisen pasif dari Syarikat Tone Excel, jangan terlalu mendabik dada dengan terjawabnya isu kehalalan bisnes ini melainkan kita ucaplah syukur kepada Allah kerana rezeki yang kita perolehi selama ini adalah sah disisi syarak. Itu yang penting !


Latar Belakang AMANIE ADVISORS SDN. BHD


Sebelum saya terangkan serba sedikit tentang latar belakang Amanie Advisors Sdn. Bhd. izinkan saya kongsikan kenyataan rasmi penasihat syariah bertarikh 13 April 2017 seperti di bawah. Tarikh kenyataan rasmi ini telah dikeluarkan 1 hari selepas Syarikat Tone Excel khususnya dan Syarikat Tone Group amnya iaitu pada 13 April 2017.

Berikut adalah kenyataan rasminya...

*****

Amanie Advisors telah dilantik oleh pihak Tone Group pada suku ke-4 tahun 2016 sebagai konsultan dan penasihat Syariah bagi melakukan proses semakan Syariah ke atas 2 program sedia ada Tone Group iaitu:

i) Tone Excel; dan
ii) Tone Plus.

Mengambilkira keahlian program tersebut menjangkaui lebih kurang 500,000 orang di seluruh Malaysia, dan due diligence di peringkat dalaman yang telah dilakukan, Amanie Advisors telah membuat keputusan untuk menyahut cabaran yang besar bagi memastikan aktiviti perniagaan yang besar ini mematuhi piawaian Syariah yang sepatutnya.

Lebih kurang 6 bulan proses semakan Syariah hujung ke hujung telah dilakukan oleh Amanie Advisors yang merangkumi, di antaranya, kajian dan pemerhatian pasaran, analisa ke atas struktur perniagaan, dokumentasi dan perakaunan serta maklumbalas pakar-pakar Syariah dan juga pengurusan mahupun ahli Tone Group sendiri.

Hasil daripada proses yang dilakukan, Amanie Advisors telah mencadangkan penambahbaikan kepada Tone Group bagi memastikan keseluruhan aspek program-program tersebut memenuhi kehendak dan piawaian Syariah.

Setelah berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh pihak pengurusan Tone Group serta penambahbaikan yang dilakukan, maka Amanie Advisors telah mengeluarkan sijil patuh Syariah kepada program-program Tone Group tersebut pada 12 April 2017.


Tarikh: 13 April 2017


*****

Anda ingin bukti kenyataan di atas dalam bentuk PDF, anda boleh DOWNLOAD  DI SINI !

Seterusnya saya kongsikan sedikit pengenalan tentang panel syariah Tone Excel iaitu Amanie Advisors . 

Amanie Advisors adalah sebuah firma penasihat Syariah terkemuka yang mengkhususkan diri dalam penyelesaian kewangan Islam yang meliputi pelbagai perkhidmatan termasuk nasihat dan perundingan Syariah, latihan dan penyelidikan & pembangunan untuk institusi dan korporat yang memberi tumpuan kepada perkhidmatan kewangan Islam.

Pengerusi Eksekutif nya Dr Mohd Daud Bakar (gambar di atas) sendiri telah datang ke Syarikat Tone Group untuk memberi pengiktirafan Sijil Patuh Syariah bertarikh 12 April 2017.

Di atas nasihat dan penambahbaikan yang dicadangkan oleh Amanie Advisors telah mengukuhkan lagi bahawa Syarikat Tone Excel International khususnya dan Syarikat Tone Group amnya sangat komited untuk menjalankan perniagaan yang mengikuti kehendak syariah Islam.


Sudah Yakinkah Anda ?

Maka sudah terjawablah setiap keraguan anda (mungkin) tentang kehalalan komisen yang bakal anda perolehi dalam bisnes Tone Excel kelak. Pokok pangkalnya YAKINKAH anda untuk memulakan bisnes ini.

Jika anda terasa ingin mulakan bisnes bersama saya, anda boleh lihat potensi bisnes ini di www.toneexcel.biz sekarang !

Sekian perkongsian saya untuk post "Adakah Sijil Patuh Syariah Menjadi Punca Semakin Ramai Pengguna Handphone Menyertai Bisnes Tone Excel ?" pada kali ini. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk saya terus berkongsi artikel melalui penulisan saya di blog ini. Insyaallah. Aaminnn.


Wassalam.





Post a Comment

© Tone Excel